Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Kerajaan Kelapa, Al-Cuya Wal Kelapa Nan Sebatang, telah berkenan menghantar titah ke dalam peti warkah sekelian rakyat jelata di bawah naungan Kerajaan Kelapa. Maka, tanpa berpanjang bicara, patik, hamba Allah yang hina lagi daif, dengan penuh sukacita menyatakan hasrat untuk menyertai pemberian anugerah ini.
Adapun barang siapa yang berkehendak untuk turut serta dalam pemberian anugerah ini, marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis ini, agar sekelian rakyat jelata Kerajaan Kelapa beroleh peluang bagi memenangi bingkisan istimewa, iaitu sampul emas berisi rezeki, yang amatlah sesuai sekali bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Maka dengan itu, dipersilakan sekelian rakyat mengklik warkah yang tertera, bagi menyatakan penyertaan dalam majlis pemberian anugerah ini.
Demikianlah titah ini disampaikan, sekian adanya, dengan penuh hormat dan takzim.
Beta cukup terhibur dengan entri tuan hamba ini! Moga ada rezeki buat tuan hamba mendapatkan sampul emas daripada beta :D
ReplyDeleteMenjunjung kasih... Haha
Deleteselamat bersegmen n berjaya
ReplyDeleteTerima kasih
Deletegoodluck. saya blogwalking sini nak beritahu, saya pun join juga heheh ^_^
ReplyDeletehttps://kanvasdakwat.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html
Terima kasih kerana singgah sini. Ianya dihargai.
Deletehamba juga ingin turut serta cuma masa belum mengizinkan
ReplyDeleteJangan ketinggalan pula nanti.
DeleteBest juga guna bahasa istana sebegini....semoga berjaya dalam GA nanti
ReplyDeleteSaja beri sokongan.. Memang alhamdulillah, tak menang pun takpe.. Hehe.
DeleteSemoga menang di GA Cuya bang Fairus 😄👍
ReplyDeleteKalah atau memang belakang kira.. Yang penting support kawan² bloggers. Hehe.
Deletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/03/pemenang-giveaway-kerajaan-kelapa.html
ReplyDeleteOk. Terima kasih.
Deletetahniah! memang kreatif postnya.
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletews Cuya details asap ya
ReplyDeleteOk. Ok.. Baik
Delete