Monday, February 17, 2025

Adegan Hari Pertama Persekolahan

Sebelum membaca lebih lanjut, sila baca ini juga.

Baca juga :

Dalam empat anak-anak aku yang bersekolah, Muhammad Firman ni memang lain macam sedikit. Tak macam abang-abang dan kakaknya. Memang liat nak bersekolah. Masa pra sekolah dulu pun sama. 

Hari ni masa  pertama persekolahan pagi tadi, dia dah buat perangai. Duk keras dalam kereta taknak masuk ke sekolah. Masa ni isteri aku yang bawa ke sekolah. Abangnya Muhammad Firas Faiq, ok saja. Dia dah keluar kereta dan masuk ke sekolah. Tinggal Muhammad Firman "mengeraskan diri" dalam kereta. 

Isteri aku whatsapp, jadi aku yang memang bercuti hari ni, pergilah ke sekolah dengan harapan untuk memujuknya. 

Sampai saja di kereta isteri yang diparkir di luar sekolah, Muhammad Firman memang dah menangis. Tak boleh dibiarkan, kalau nak ikut kehendak dia, memang susahlah hari-hari yang bakal mendatang. Aku pujuk, memang tak makan pujuk. Apa lagi, aku dukung dia masuk ke dalam sekolah. 


Terus menangis. Sampai dalam sekolah, perhimpunan sedang berjalan. Masa tu Murid-murid sedang duduk dalam perhimpunan, ibu bapa pun ramai hadir memerhatikan anak-anaknya. Aku bawa Muhammad Firman berdiri di kaki lima berdekatan murid-murid darjah satu. Muhammad Firman terus menangis tanpa henti. 

Beberapa ibu-ibu yang hadir turut memujuk, tapi tak juga jalan. Kakak-kanak pengawas sekolah yang diberi amanah untuk menjaga murid-murid darjah satu pun cuba bantu memujuknya. Tetap tidak makan pujuk. 

Guru bertugas telah memberikan pengumuman supaya ibu bapa meninggalkan anak masing-masing, tapi macam mana aku nak buat, Muhammad Firman tetap menangis. 

Masa sudah masuk ke kelas, guru kelas sudah ada. Guru kelas minta aku pulang dan biarkan Muhammad Firman bersamanya. Masih lagi menangis, ditarik-tariknya tangan aku. Akhirnya, tarikan tangannya dapat dilepaskan dengan bantuan beberapa  sukarelawan terdiri daripada anggota PIBG turut membantu. 

Aku biarkan Muhammad Firman di kelasnya. Biarlah guru kelas yang uruskan. Pastinya mereka pasti mahir dengan situasi sebegini. Dikhabarkan oleh guru, Muhammad Firman tidak lagi menangis dalam beberapa ketika selepas aku meninggalkannya. 

Harap-harap adegan sebegini tidak lagi berlaku di masa-masa akan datang. Pening dibuatnya. Aduhai...

15 comments:

  1. Alhamdulillah tak berterusan menangis, pandai cikgu dan petugas kawal situasi.

    Teringat kisah anak jiran masuk darjah 1, masa tu rumah kami depan sekolah. Setiap hari anak jiran lari dari sekolah dan balik ke rumah. Pening maknya nak pujuk hari-hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat ke rumahnya, boleh lari balik sendirian? Hehe.. Macam² ragam.

      Delete
  2. Belum jumpa saing tu. Nanti dah jumpa, dia lah yang paling tak sabar nak ke sekolah. 😁

    ReplyDelete
  3. Takpe, nanti lama2 dia okay la tu. Kena cari geng baru

    ReplyDelete
  4. Adoi dik kenapa tu takmau sekolah. Best la sekolah. Hihi. Biasa la suasana baru nak sesuaikan diri tu ambil masa.

    ReplyDelete
  5. Nanti jumpa geng... Lain pulak episodnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Kita tunggu jelah episod berikutnya. Hehe

      Delete
  6. Mungkin mengikut perangai bapaknya masa masuk darjah 1 dulu

    ReplyDelete
  7. YA ALLAH, mencabarnyalahaiii. Seronok tau bila kenangkan balik nanti.
    anak nombor dua dulu begitu juga seminggu. dia nak berpisah di pagar tu berat betul. bila dah dalam sekolah, dia ok.
    Muhammad Firman, sekolah tu seronok tau!

    ReplyDelete
  8. teringat waktu hantar kakak hr tu, ibu ngn abi tinggal begitu jerk... huhuhuhu kalau x nnti semakin sukar dia nk berhenti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk kelas je hari tu saya tinggalkan dia.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.