Wednesday, January 1, 2025

Terima Tempahan Bubur Pulut Hitam

"Assalamualaikum En. Fairus, boleh tak nak tempah bubur pulut hitam untuk 300 orang?" Beginilah pesanan whatsapp yang aku terima daripada seorang kenalan, Cik Ju yang meniaga di Stadthuys Cafe. Cafenya terletak di dalam Muzium Sejarah Melaka. 

Pada 1 Januari 2025 akan diadakan majlis makan malam di halaman Muzium Sejarah Melaka bagi meraikan pengusaha-pengusaha beca di negeri Melaka. Bukan sahaja makan malam biasa, ia juga akan diadakan penyerahan pembaharuan lesen bagi pengusaha-pengusaha beca. Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YAB. Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. 

Tidak hanya itu, terdapat juga persembahan kebudayaan dan nyanyian serta cabutan nombor bertuah untuk pengusaha-pengusaha beca. Aku lihat, hadiah-hadiahnya begitu lumayan. Amat banyak, termasuk motorsikal. Tengok pada set pentasnya, memang gempak dengan live musician, LED screen, sistem siaraya, betul-betul Kerajaan Negeri Melaka meraikan pengusaha-pengusaha beca.

Air tangan suami mithali sedang menuang santan. Hehe

Macam mana Cik Ju boleh tahu aku boleh buat bubur pulut hitam? Sebenarnya, kalau ada acara jamuan atau potluck di jabatan aku ni, aku biasa sumbangkan bubur pulut hitam yang dimasak oleh isteri aku. Ada kalanya Cik Ju dijemput sekali untuk menikmati jamuan yang disediakan. Cik Ju ada memaklumkan, bubur pulut hitam yang dimasak isteri aku tu sedap. Mungkin itu mempengaruhi untuk dia memesan pulut bubur hitam tu daripada aku. Bos aku pun kalau kami buat potluck di pejabat, dah tentukan supaya aku membawa bubur pulut hitam.

Jadi, apabila aku tanya isteri, boleh buat ke tidak, dia kata boleh. Jadi kami pun terimalah pelawaan itu. Tapi bukan untuk 300 orang, ditambah lagi menjadi 350 orang punya makan. 20 bahagian diasingkan untuk Cik Ju menikmati sendiri. Mungkin untuk dia dan kakitangannya.  Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT.

Bukan untuk memuji sendiri, tapi memang bubur pulut hitam yang dimasak isteri aku memang sedap. Aku sendiri memang sangat suka menikmatinya. 

Masa menerima pesanan tu, isteri aku ada mendapatkan pandangan daripada rakannya yang membuat catering. Dia kata guna pulut biasa yang timbang sahaja. Tapi kami tidak menerima pandangan tu. Bubur yang dikatakan sedap itu datangnya dari pulut hitam yang berkualiti. Walaupun mahal dan memerlukan kuantiti yang banyak, bagi kami kualiti yang perlu diutamakan. 

Masa memasak bubur pulut hitam ni, aku berada disamping isteri aku untuk membantu. Bila hampir masak, aku berkali-kali mencuba, menjadi tester bagi memastikan ia betul-betul enak. 

Semoga orang yang menikmati bubur pulut hitam malam ni dapat merasa keenakkannya. Insyaallah. Semoga juga Ketua Menteri Melaka pun turut menikmatinya.

29 comments:

  1. Mesti sedap sangat tu. Rezeki air tangan isteri. Lepas ni mesti ramai lagi order tu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Wah berbakat membubur rupanya! Bubur fav saya ni!

    ReplyDelete
  3. Rezeki tahun baru. Dari jauh dapat bau aromanya.

    Favourite saya ni. Kalau jumpa bubur pulut hitam kat mana-mana majlis, wajib dimakan dulu. 👍

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki tahun baru.. fav sy bubur pulut hitam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Langkah yang baik untuk tahun baharu. Hehe.

      Delete
  5. terliur lak baca entry nih...hehe..memberi yg terbaik itu amalan mulia, hati pun rasa gembira...seronok pakcik2, abang2 beca diraikan dgn begitu meriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 bijik motor sebagai cabutan bertuah. Ingatkan 1 je.

      Delete
  6. Alhamdulillah, rezeki pembukaan tahun baru, semoga sentiasa dimurahkan rezeki selepas ini.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah rezeki tahun baru. Kita orang memang suka bubur pulut hitam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Bubur pulut hitam memang sedap.

      Delete
  8. mesti sedap ni..alhamdulillah, rezeki kan....
    selamat tahun baru

    ReplyDelete
  9. Whoa..teringin pulak try air tangan Puan Isteri..Hehe..Alhamdulillah..rezeki namanya..Syukur!!

    ReplyDelete
  10. Sy bukanlah peminat bubur pulut hitam. Tapi mmg berbeza rasa bubur pulut hitam mak sy dgn bubur pulut hitam katering. Rupa²nya itulah sebabnya, dorg guna pulut hitam tak berkualiti. Teringin pulak nak rasa bubur pulut hitam isteri En FM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kualiti pulut hitam memang main peranan besar dalam rasa bubur.

      Delete
  11. Wah…banyak tu untuk 350 orang 👏🏽
    Lepas ni tentu akan ada lagi tempahan.

    ReplyDelete
  12. Alaaa..tiber kita teringin plak nak makan bubur pulut hitam...helppp.....nak cari mana kat KL ni...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. semoga lepas ni boleh buat bisnes bubur pulut hitam. Ini memang antara bubur kegemaran kami sekeluarga sbb anak2 cuma makan bubur pulut hitam je. Pernah cuba buat bubur lain hmmm kita sorang je kena habiskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab bubur, bubur pulut hitam no. 1 yang saya gemar.

      Delete
  14. Bubur pulut hitam memang sedap. Lagilah kalau guna bahan berkualiti. Cukup rasa lemak manisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sangat suka makan bubur pulut hitam.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.