Wednesday, January 1, 2025

Tanam Pokok Matoa Brazil

Hari ni bertarikh 1 Januari 2025 aku mencuba menanam pokok Matoa Brazil yang juga disebut sebagai buah kristal atau longan Brazil. Ini merupakan cubaan kedua setelah cubaan pertama gagal. Kegagalan berpunca dari aku sendiri yang acuh tak acuh menjaganya. Kali ini aku nak pastikan pokok ini dijaga rapi. 


Anak pokok Matoa ni diberikan oleh jiran aku, seorang pesara professor. Sebelum ni aku pernah rasa buah yang ditanamnya. memang sedap. Teringat sehingga kini keenakannya.

Di belakang rumah terdapat beberapa pokok buah-buahan yang aku tanam seperti durian Belanda, jambu air, kelapa pandan, pisang dan cempedak. Semuanya telah mengeluarkan buah.

Semoga pokok Matoa ini juga bakal mengeluarkan buahnya kelak. Moga membesar dengan sihat dan kuat. 😊✌🏼

17 comments:

  1. Semoga pokoknya membesar dengan baik. Kalau di rumah Cuya ni memang tak lepas. sebab banyak gila monyet. Nanti buahnya mendapat pada monyet saja

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah, semoga diberkati dengan rezeki yang melimpah. Aamin.

      Delete
  3. InsyaAllah kalau dijaga, subur lah nanti pokok tu. Buah ni jenis warna apa? Hijau atau ungu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Ada warna yang berbeza ye. Kena tanya jiran yang bagi tu.

      Delete
  4. belum pernah rasa lg buah ni..ada lalu lalang di tik tok...semoga dapat hasilnya nanti...

    ReplyDelete
  5. moga pokok ni membesar dgn jayanya..and menghasil kan buah2 yg sedap..aamiin

    ReplyDelete
  6. Moga pokok membesar dengan jaya dan dapat hasil yang lumayan.
    Saya pernah makan buah matoa dari Sarawakl, memang sedap. Unik rasanya.

    ReplyDelete
  7. Semoga membesar dengan jayanya dan membuahkan hasil yang luar biasa, bleh kami para blogger tumpang petik nanti...hahahaha

    ReplyDelete
  8. untunglah belakang rumah ada tanah. belakang rumah ammi ada tanah yg dah disimen habis oleh owner lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketuk kasi pecah simen tu. Tanam pokok buah.. Hehe

      Delete
  9. Pokok longan Brazil buahnya besar, isinya tebal dan manis seperti yang kami tanam tapi penjual pokok beri namanya mata kucing Brazil. Kadang keliru dengan namanya yg berbeza-beza.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.