Monday, January 13, 2025

Selesai Gosok Baju Untuk Seminggu

Tengah malam ni aku nak cerita satu perkara yang mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya memberi kesan besar dalam hidup aku. Aku dah berjaya gosok semua baju kerja untuk seminggu. Hehe... Bagi orang lain mungkin biasa, tapi untuk aku yang selalu last minute gosok baju pagi-pagi, ini satu kejayaan yang patut diraikan.

Malam tadi, aku kumpul semua baju kerja. Kemeja, baju korporat, baju batik dan seluar slack, semua aku siap pilih untuk lima hari bekerja. Sambil susun tu, aku dah bayangkan setiap pakaian yang akan aku pakai. Lepas semua baju dah siap dikumpul, aku pun mula gosok satu persatu. Awalnya rasa macam malas, tapi bila dah mula, terus rasa seronok. Tak terasa pun masa berlalu.

Baca juga :
 
Seronok menggosok punya pasal, sampai terlebih sehelai aku gosok. Sepatutnya 5 helai, tapi dah terlebih sehelai pula. 

Bila semua baju dah siap gosok, aku gantung elok-elok. Jadi, pagi-pagi nanti, aku tak perlu lagi cari baju atau gosok secara tergesa-gesa. Hasilnya, pagi Isnin esok tu aku rasa lebih tenang. Tak ada lagi kelam-kabut macam sebelum ni. Semuanya berjalan lancar dan aku rasa lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari pada minggu depan.


Siapa sangka, dengan hanya gosok baju siap-siap, rutin pagi aku boleh jadi lebih teratur. Memang berbaloi. Kalau korang ada masalah macam aku, cuba lah buat. Tak susah pun, tapi kesannya memang besar. Aku rasa puas hati dengan tindakan ini dan mungkin akan terus buat rutin ni setiap minggu.

Baca juga :

Siapa kata hanya orang perempuan saja yang boleh gosok baju, lelaki pun boleh tau.. Maklumlah, suami mithali. Haha..

46 comments:

  1. Alhamdulilah.. ini memang satu kejayaan yang patut diraikan!
    Dulu masa Cuya belajar pon Cuya akan siap2 gosok baju untuk seminggu.

    Kalau malas, biasa last minute jugaa . Cuya pula tiap minggu selalu balik rumah, jadi dalam sebulan tu hari2 baju bertukar xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sikit.. Takyah nak.fikir nak gosok baju minggu depan. Selesai 5 hari punya kerja. Hehe.

      Delete
  2. Kejayaan yang patut diraih..saya cuma gosok baju masa nak perlu saja...belum ada lagi seperti Bro Fairus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya ada buat potong kek untuk raikan.. Haha.

      Delete
  3. Sy pun memang amalkan menggosok kemeja n slacks utk seminggu terus.

    ReplyDelete
  4. iyea saya pon buat mcm tu..sabtu dobi, ahad iron..kadang terlebih rajin sampai iron baju sebulan terus

    ReplyDelete
  5. bgs siap gosop seminggu so tkde la kelamkabut di pagi hari

    ReplyDelete
  6. Nampak kemas tu. Saya biasanya baju kerja isteri akan gosokkan, sekali sekala bila dia tak available baru saya gosok sendiri, prefer gosok untuk seminggu lebih2 sikit.

    ReplyDelete
  7. Tahniah, u did well.
    Menggosok baju adalah terapi. Dulu-dulu, saya gosok baju sekolah daktiga sambil dengar lagu. Lepas tu saya susun ikut type di rel penyangkut.
    Sekarang daktiga dah gosok baju sendiri, so pandai-pandailah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam tu.. Tak kelam kabut di pagi hari.

      Delete
  8. Gosok baju awal bagus. Kalau waktu nak pergi kerja tiba-tiba blackout, selamat lah. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu satu faktornya. Tapi rumah saya jarang blackout.

      Delete
  9. Tahniah! 👏🏽
    Setiap kejayaan perlu diraikan, tak ada kejayaan kecil atau besar.

    Saya pun gosok pakaian kerja suami untuk seminggu, letak di rak gantung baju khas untuk yang dah bergosok. Tiap pagi dia tinggal pilih baju mana nak pakai.

    ReplyDelete
  10. Syabas, encik! Semoga istiqomah, gosok baju untuk seminggu. :)

    ReplyDelete
  11. Saya suka jenis macam ni, sekali harung untuk seminggu. Jimat masa dan letrik bang.

    ReplyDelete
  12. Ini macaiam lah baru isteri sayang!

    ReplyDelete
  13. Bagus ni....memudahkan kerja Isteri..better sekali harung untuk seminggu, x yah nak kelam kabut pagi2

    ReplyDelete
  14. bagus mcm ni...bersiap siaga utk satu minggu...tapi org pompuan ni kekdg suka tukar fikiran, dah gosok baju, tetiba rasa bosan, nak pakai baju lain...hehe...

    ReplyDelete
  15. xpqayah kalut2 setiap kali nk g keje seterika baju :D

    ReplyDelete
  16. Good job! Geng2 rajin ni. Kita paling x suka iron baju tau. Baju kita semua beli yg ironless. Ha3 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang rumah saya pun sama. Banyak baju yang tak perlu iron..

      Delete
  17. Gosok sekali seminggu, kosongkan bakul. Kalau ter-skip, memang stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress sikit² takpe, jangan sampai nak terjun bangunan. Hehe

      Delete
  18. Wah..terbaik..Abang Gebu pun gosok jubah dia sendiri...tapi 16 helai..lepas tu komplen penat. Mana tak penat..sehelai dalam setengah jam. Kalau saya dah 3/4 helai.

    ReplyDelete
  19. Semoga semua suami akan rajin begini, hehe. Suami saya masih suka menggosok setiap hari hehe. Salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya begitulah, gosok setiap hari. Datang angin rajin seminggu terus digosok. Hehe. Salam kenal juga.

      Delete
  20. Baguuus 👏👏👏 semoga konsisten bang. Krn memang hal kecil begini, sebenarnya bisa mengubah hidup kita menjadi lebih teratur. Asalkan dilakukan secara konsisten

    ReplyDelete
  21. CCL pun iron baju untuk seminggu terus .. cuma tudung sahaja laa kena iron tiap pagi ,😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan dapat mengurangkan sedikit tugas di pagi hari.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.