Monday, January 13, 2025

Selesai Gosok Baju Untuk Seminggu

Tengah malam ni aku nak cerita satu perkara yang mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya memberi kesan besar dalam hidup aku. Aku dah berjaya gosok semua baju kerja untuk seminggu. Hehe... Bagi orang lain mungkin biasa, tapi untuk aku yang selalu last minute gosok baju pagi-pagi, ini satu kejayaan yang patut diraikan.

Malam tadi, aku kumpul semua baju kerja. Kemeja, baju korporat, baju batik dan seluar slack, semua aku siap pilih untuk lima hari bekerja. Sambil susun tu, aku dah bayangkan setiap pakaian yang akan aku pakai. Lepas semua baju dah siap dikumpul, aku pun mula gosok satu persatu. Awalnya rasa macam malas, tapi bila dah mula, terus rasa seronok. Tak terasa pun masa berlalu.

Baca juga :
 
Seronok menggosok punya pasal, sampai terlebih sehelai aku gosok. Sepatutnya 5 helai, tapi dah terlebih sehelai pula. 

Bila semua baju dah siap gosok, aku gantung elok-elok. Jadi, pagi-pagi nanti, aku tak perlu lagi cari baju atau gosok secara tergesa-gesa. Hasilnya, pagi Isnin esok tu aku rasa lebih tenang. Tak ada lagi kelam-kabut macam sebelum ni. Semuanya berjalan lancar dan aku rasa lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari pada minggu depan.


Siapa sangka, dengan hanya gosok baju siap-siap, rutin pagi aku boleh jadi lebih teratur. Memang berbaloi. Kalau korang ada masalah macam aku, cuba lah buat. Tak susah pun, tapi kesannya memang besar. Aku rasa puas hati dengan tindakan ini dan mungkin akan terus buat rutin ni setiap minggu.

Baca juga :

Siapa kata hanya orang perempuan saja yang boleh gosok baju, lelaki pun boleh tau.. Maklumlah, suami mithali. Haha..

2 comments:

  1. Alhamdulilah.. ini memang satu kejayaan yang patut diraikan!
    Dulu masa Cuya belajar pon Cuya akan siap2 gosok baju untuk seminggu.

    Kalau malas, biasa last minute jugaa . Cuya pula tiap minggu selalu balik rumah, jadi dalam sebulan tu hari2 baju bertukar xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sikit.. Takyah nak.fikir nak gosok baju minggu depan. Selesai 5 hari punya kerja. Hehe.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.