Ini bukan soal cinta. Bukan juga berkaitan dengan lagu kumpulan Lestari. Ini semua pasal seterika. Ya, seterika!
Nak dijadikan cerita, malam tadi aku seterika seluar kerja untuk dipakai hari ini. Dalam syok menggosok seluar, anak pula datang bertanya sesuatu. Aku toleh ke arah anak sambil seterika di tangan melekap di seluar. Sekali tengok semula, angkat seterika, tu dia... bercap di seluar. Huk aloh! Sekelip mata kau berubah.
Memang dah tak boleh pakai lagilah seluar ni untuk ke pejabat. Buat seluar basahan lah jawabnya. Pakai untuk berkebun belakang rumah.
Yang menyedihkan lagi, seluar ni baru saja aku beli. Beli 2 helai seluar dan 2 helai baju untuk dipakai semasa bekerja bagi memulakan tahun baharu. Jadi, sekarang tinggal sehelai sahaja seluar baharu.
Seluar ni selesa dipakai. Kainnya lembut dan licin. Sayangnya sudah rosak. Takpelah, mungkin rezeki nak memakaikan sampai di sini sahaja. Nanti ada masa, aku belilah semula.
Kain seluar pun melekat sedikit di permukaan seterika. Apa aku buat? Aku membuat carian di YouTube bagi mendapatkan cara untuk membersihkan permukaan seterika. Ok jumpa.
Senang saja, guna ubat gigi. Aku sapukan ubat gigi di permukaan seterika, tinggalkan dalam beberapa minit kemudian lap. Siap! Seterika kembali licin seperti sedia kala.
Pengajarannya, jangan alpa semasa menggosok pakaian, buruk padahnya. Hehe. Dapat sesuatu?
alamak...dugaan sungguh la kan..adoi la
ReplyDeleteMemang dugaan..
Deletetengok tajuk terus ternyanyi...yelah lagu kenangan zaman sekolah dulu.
ReplyDeletetapi nak buat camnakan kalau Allah kata bukan rezeki kita nak melaram, bukanlah. seterika siap kasi corak bintik2 sekali kat seluar tu. cantik pulak jadinya. macam bentul love pun ada hahah
Itulah.. Menjadi corak seterika.. Haha.
DeleteAllahuakbar
ReplyDeletePenah juga beberapa kali kena camni sampai berlubang baju huhuu mula2 sedih nak lg baju baru yg sekali pakai
Apapun kena sangka baikk semua sudah tertulis akan berlakuuu kan
InsyaAllah ada yg lebih baik akan dpt
Insya-Allah.. Kena beli seluar baru le jawabnya.
Deletebab tgh iron bila ank dtg tanya sesuatu mmg kena ati2 sbb takut kejadian sebegini...tp bole pki utk basahan berkebun ok lg tu..kalo yg terbakar berlobang jwbnya bye2 la
ReplyDeleteItu le..
DeleteAduh, tak tahu nak kesian ke nak tergelak dgn En FM ni. Tapi sayang betul sbb baru beli tu seluarnya.
ReplyDeleteJanganlah gelak, sedih ni. Hehe
Deletesy pakai seterika wap Panasonic yg x melekap di kain jika kita letakkan iron tu. beli di shopee je, jadi sy x perlu risau kes mcm ni.... bersabarlah..
ReplyDeleteCukup bersabar dah ni cikgu.
DeleteMaafkan saya, saya tergelak sekejap. Iron baju dengan tgh masak something atas dapur, sila jgn leka. Memang hangit rentung jawapannya. Terima kasih tips tu, nanti nak bersihkan iron.
ReplyDeleteMaaf diterima. Haha.
DeleteNi kisah sedih bercampur lucu.
ReplyDeleteKiranya, seluar ni baru 1st time nak gunalah ya?
Dah guna.. Baru seminggu lebih beli. Hihi
DeleteTak apalah. Rosak seluar masih boleh diguna untuk basahan.
ReplyDeleteItulah bahayanya seterika.
Betul bahaya betul.. Saya selalu ingatkan, kalau keluar rumah pastikan seterika telah ditutup.
DeleteIlmu baru ni. Terima kasih kongsi. Dulu zaman sekolah pernah jugak seterika melekat dek kain. Nasib baik ada pokok pisang tepi rumah. Gosok seterika kat daun, hilang kesan-kesan lekatan kain.
ReplyDeleteOoo.. Ada juga petua macam tu.
DeleteSayangnya.. bkn rezeki nak buat mcm mana.. berjodoh x lama.. encik suami sy pun beli seluar ofis baru jugak ri tu utk reward di tahun baru
ReplyDeleteTu la.. Memang kena cari penganti seluar baru nanti.
Delete