Saturday, January 4, 2025

Musim Durian Kena Beli Durian

Sudah 2 hari anak keempat aku, Muhammad Firman meminta untuk membeli durian. Permintaan pertama aku abaikan, tapi kalau sudah dua kali pasti dia memang nak sangat makan durian. Antara ahli keluarga aku, dialah 'hantu durian'.

Jadi semalam, semasa memandu pulang ke rumah aku call rakan aku. Brotherhood aku zaman persekolahan! Seorang peniaga durian. Aku berkawan sejak sekolah menengah lagi. Waktu sekolah dulu, lepas habis sekolah, aku biasa bantu dia meniaga durian.

Baca juga :

Dia bagi lokasi tempat dia meniaga. Pada masa tu, pekerja dia yang meniaga, dia tiada di lokasi. Tapi dia minta aku tunggu sebentar kerana nak jumpa. Iyalah, masing-masing dah besar panjang, ada keluarga, lama tak jumpa. 

Brotherhood aku Along! Banyak kenangan pahit manis bersama.

Sambil menunggu tu, kami sekeluarga makan durian di gerai tu. Makan 3,4 biji durian kahwin. Kemudian bungkus 3 biji durian kampung. Durian kahwin kecil-kecil saja, durian kampung pula yang agak besar sedikit. So far, semua isinya sedap-sedap pelbagai rasa, tiada satupun yang busuk atau rosak, ada manis, lemak dan pahit.

Baca juga :

Balik rumah terus repeat makan lagi. Kini ketujuh-tujuh ahli keluarga aku makan durian. Anak yang bongsu berumur 3 tahun sudah mula makan durian. Bukan main suka lagi dia makan durian. Tapi paling champion anak nombor 4, Muhammad Firman, lebihan 3 ulas durian semalam yang disimpan dalam peti sejuk, dialah yang habiskan, buat sarapan pagi. Haha.

9 comments:

  1. Replies
    1. Jarang durian tak sedap.. Hehe. Harganya pun 'sedap'.

      Delete
  2. Nasib baik takde 'musim kereta' kan? Jenuh buat loan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta hotwheels ok lagi. Tu pun menyesakkan poket.

      Delete
  3. DI rumah saya, hanya saya seketul sahaja yang makan durian huhu

    ReplyDelete
  4. sedapnya durian. seorang anak suka makan, bapa tlg tunaikan yg lain-lain ikut makan sekali. alhamdulillah.
    sebelum tuan asben balik kerja hari tu, dia belanja weols mkn durian. daktiga ni semua makan je durian.

    ReplyDelete
  5. nampaknya saya geng dengan Muhammad Firman...saya juga hantu durian, saya boleh makan 3 biji seorang berbanding ahli keluarga yang lain tiga ulas sahaja pun sudah muak

    ReplyDelete
  6. Untung semua ahli makan durian. Durian dalam peti ais memang sedap dimakan.

    ReplyDelete
  7. Wah kuat makan durian ye yg nombor 4 tu. Habislah tiap kali musim durian mmng kena paw habis ni

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.