Friday, January 3, 2025

Makan Burger dan Kentang Goreng di Qassim Bistro Seusai Solat Jumaat

Hari ini masih lagi tidak pulang ke rumah untuk solat Jumaat di dalam kariah. Tengok langit mendung berarak kelabu, memang ada harapan hujan. Jadi, aku tak balik. Aku set alarm di telefon bimbit dan melelapkan mata sebentar di bilik solat di pejabat sementara menunggu waktu solat Jumaat tiba.

Alarm berbunyi lalu aku bangkit. Sekali keluar tengok sudah hujan. Lebat juga. Aduh! Macam mana nak pergi solat ni. Aku biasa pergi solat dengan berjalan kaki saja ke Masjid Kampung Keling yang tak berapa jauh dari pejabat aku. Takpe, rileks sekejab tunggu hujan reda.

Alhamdulillah, dalam beberapa minit hujan pun reda, renyai sedikit sahaja. Bila keluar nampak pula ada payung di tepi pintu, bolehlah pakai sekejab untuk elak terkena hujan. Sampai masjid ngam-ngam khatib nak mula baca khutbah.

Balik dari solat Jumaat, berjalan dengan seorang kakitangan aku. Aku pun pelawa dia makan. Dia kata tak bawa beg duit. Aku cakap, takpe.., aku pun takde duit, cuma ada QR. Hehe.. Akhirnya kami singgah di Qassim Bistro yang letaknya di tepi Sungai Melaka.

Baca juga :

Aku pesan burger daging dan kentang goreng, manakala rakan aku tu pesan nasi goreng telur mata. Pesanan tiba tidaklah terlalu lama. Rasanya oklah.. Rasa burger dan kentang goreng macam biasa kita makan. Hehe.


Aku taknak cerita pasal harga. Pasal harganya ialah harga pelancong. Tapi juru wang (mungkin tokey kedai) bagi aku diskaun sikit. Kalau hari-hari makan di sini, mahu botak kepala aku. Haha. Sempat aku bertanya pada juru wang tu, berapa sewa di sini? Dia berikan satu angka, cukuplah sekadar aku maklumkan, sewanya melebihi RM5k dan menghampiri RM10k sebulan.

Eh..! Nak sambung cerita sikit pasal payung yang aku gunakan masa nak pergi solat Jumaat tadi. Punyalah aku tak perasan, dah nak sampai masjid baru perasan yang payung tu mempunyai cap Tiger Beer. Huk aloh. Memang tak perasan langsung. Ya Allah, ampunkanlah aku.. Balik dari solat, aku tak guna payung pun walaupun hujan sedikit renyai. Aku rela dibasahi hujan dari mempromosikan barang yang dilarang Allah SWT.

18 comments:

  1. Oh, kesilapan yang tidak disengajakan. Tapi memang kita akan rasa ralat juga kan. In Syaa Allah, Dia Maha Pengampun.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mungkin ada pelawat muzium yang tertinggal.

      Delete
  3. Agak-agak ada yang perasan tak sepanjang pakai payung tu? 😅

    Kalau sewa kedai dah sampai macam tu harganya, harga makanan pasti seiring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada yang perasan kot. Masa berjalan ke masjid, orang ramai berlalu lalang, Jalan pun sesak sedikit.

      Delete
    2. Mungkin ada yang perasan kot. Masa berjalan ke masjid, orang ramai berlalu lalang, Jalan pun sesak sedikit.

      Delete
  4. macam mana erk boleh dapat payung tiger beer tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin pelawat punya payung yang tertinggal. Jadi ia dibiarkan di tepi pintu.

      Delete
  5. Menu set kayangan juga kah? memang rate harga dia sebegitu mungkin.
    Terhibur dengan part payung tu, tak apa tak disengajakan, buka payung memang terus jalan takdan nak membelek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kedai biasa, boleh je dapat bawah RM10. Hehe

      Delete
  6. Adoi boleh pulak salah payung ye 😅. Makanan harga pelancong kalau sedap takpe. Berbaloi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam saya masak burger di rumah jugak.. Rasa burger.. Hehe

      Delete
  7. Ya ampun, siapalah punya payung tu, kalau ada org perasan mst dia geleng2 kepala tgk harimau masuk masjid .. pengajaran utk diri sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Nak buat macam mana, memang tak perasan.

      Delete
  8. sy selalu beli nasi bajet je utk lunch. sbb kena beli utk anak2 gak. Tu pun dlmRM20++. hidup ini keras!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kes dah tersilap masuk kedai cikgu.. Hehe..

      Delete
  9. Kalau hujan lebat..ada pengecualian untuk tidak solat (uzur) tapi tetap rugi jugalah

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.