Aku percaya, air Nescafe merupakan antara air kesukaan ramai. Aku juga gemar minum Nescafe. Rasa kopi yang enak dan menyegarkan serta aromanya yang harum membuatkan peminum kopi dapat menikmati rasa kopi yang sebenar.
Walaupun penggemar Nescafe tapi aku amat jarang memesan Nescafe apabila minum di kedai. Sebab apa? Sebagai insan yang biasa dengan Nescafe, pastinya aku sudah cukup kenal dengan rasa Nescafe.
Malangnya, pekedai tidak menggunakan Nescafe yang asli, sebaliknya menggunakan seperti Indocafe dan lain-lain kopi atau mencampurkan sedikit serbuk Nescafe dengan kopi lain yang harganya lebih murah ketimbang harga Nescafe.
Sebagai peniaga perlulah jujur. Jika pelanggan memesan Nescafe, berilah Nescafe. Kita pun tahu harga Nescafe sedikit tinggi, kita bayar pun untuk harga Nescafe bukan kopi yang murah. Jangan fikir nak untung sahaja!
Sudah banyak kali terkena seperti ini, jadi aku sudah tidak lagi memesan Nescafe apabila minum di luar. Minum teh o sajalah...
Oh? Ada yang campur2?
ReplyDeleteBaru tahu
Ada uncle.. Nak untung lebih punya pasal..
DeleteYup kedai mostly guna indocafe. Memang boleh rasa Cie memang minum indocafe kat rumah.
ReplyDeleteIndocafe saya tak minum. Biasa minum kopi biasa je.
DeleteJarang2 minum nescape sama ada di kedai atau di rumah
ReplyDeleteMinum kopi O pun sedap wak.
DeletePernah dapat indocafe tapi pesan nescafe.
ReplyDeleteItu biasa.
DeleteRasa Nescafe asli memang susah nak ditiru. Kalau dah bayar harga Nescafe, kita harap dapat yang original, bukan campuran. hurmmm
ReplyDeleteBetul. Bias sangat terkena.
Deletemmg jarang pesan nescafe kt kedai...neslo pun x pernah, selalu minum di pejabat je, bancuh sendiri..kat rumah mmg x beli nescafe..
ReplyDeleteSaya pun jarang juga minum nescafe.
DeleteNama saja nescafe, tapi bila buat jenama lain pulak ya. Tak berkt rezeki
ReplyDeleteBetul tu.. Kalau mereka tau erti keberkatan, pasti dia tak buat macam tu.
Deletebetul tu. saya sering kecewa dgn peniaga bila minta teh o, rasa sgt2 tawar seperti hujung2 air teh je. selalu mmg akan pesan teh o kaw2
ReplyDeleteKalau macam tu, saya sebut teh o nampak seberang.. Hehe. Cair.
DeleteBaru tahu ingat diaorg guna pure Nescafe..
ReplyDeleteSekarang banyak dah campur atau guna kopi lain yang seangkatan dengannya.
DeleteSaya Nescafe memang tak sentuh lagi. JD kalo ke kafe kopi, better pesan long black dari biji kopi lokal Indonesia.
ReplyDeleteTapi tak setuju kalo ada seller yg mencampur bubuk kopi. Memang tak jujur itu namanya.
Setuju....adakala x dapat the original Nescafe sebab depa masih dalam fasa boikot, tapi keluarkan lah nama Nescafe dari buku menu kan..so orang x keliru...padahal kit abayar untuk harga Nescafe
ReplyDelete