Sunday, January 19, 2025

Dua Malam di Grand Alora Hotel, Alor Setar

Bermula hari ini aku keluar kawasan selama 3 hari (19 - 21 Januari 2025) ke Alor Setar, Kedah kerana esok terdapat mesyuarat yang perlu aku hadiri iaitu Mesyuarat Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang bakal diadakan di negeri ini.

Tempat penginapan aku ialah di Grand Alora Hotel. Jabatan aku yang uruskan. Aku hanya bawa badan dan pakaian sahaja. Kenderaan jabatan pun disediakan, jadi tak perlu risau untuk memandu jauh. Bertolak pagi tadi dalam jam 10.30 pagi dan selamat sampai Alor Setar jam 6.30 petang. Makan masa 8 jam juga. 

Keadaan hotel ok, menarik. Bilik bersih, tandas pun bersih. Kelengkapan pun banyak disediakan seperti seterika, tuala mandi, peralatan mandian dan paling bagusnya tikar sembahyang pun disediakan. Ada hotel tak sediakan tikar sembahyang. 

Pemandangan dari tingkap pun menarik dari tingkat 13 ni. Boleh lihat pemandangan bandar Alor Setar. Di bawah hotel ni terdapat banyak kedai makan, jadi tak perlu risau untuk makan. Jalan kaki sahaja, sangat dekat. 

So far so good, tiada apa nak cerita lagi. Badan pun dah letih, esok pagi nak mula mesyuarat hingga ke petang sebab ada lawatan tapak juga.

Lampu dalam bilik sangat romantik. Lampu sangat sedikit 

Dua katil disatukan tapi duduk seorang je... 

Bolehlah.. Luas juga biliknya. 

Bilik airnya.. 

Macam biasa, tuala mandi disediakan.

Alatan mandian juga ada.. 

Tak tau nak tengok apa, buka tv tadi layan channel BBC, berita gencatan senjata Israel dan Hamas

Bantal tambahan juga ada.. 

Bagus ada seterika, tak perlu nak minta-minta dengan petugas hotel 

Ada masa kita minum, kalau tak ditinggalkan saja. 

Alhamdulillah.. Ada sejadah. 

Pemandangan di sebalik jendela bilik

Bukit tu kelihatan familiar, apa ye nama bukit tu? 





30 comments:

  1. FM ada di negeri utara yerrr .. seronok bila dapat bilik hotel yang lengkap dengan facilities dan amenities ..

    ReplyDelete
  2. Selamat bermusafir & selamat bermesyuarat..

    ReplyDelete
  3. Skrg sy prefer outstation dlm negeri je, mcm malas dh nak 'fly' ke seberang laut cina selatan.. btw hadiah GA dh sampai, thank you!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Terimalah hadiah dari saya tu seadanya.

      Delete
  4. Grand Alora ni pilihan company SA juga kalau staff outstation ke sini...macam ada corporate rate aje la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok² saja hotel ni. Sarapan pun biasa saja.

      Delete
  5. warna bantal dan runner katil tu menarik perhatian...oren...cantik sangat

    ReplyDelete
  6. Selamat bermesyuarat, encik.
    Cantik pemandangan dari tingkap bilik, sawah padi hijau terbentang.

    ReplyDelete
  7. kami guru2 dah jarang dpt peluang berkursus di hotel kecuali jika ada kaitan dgn Lembaga Peperiksaan Msia dpt la merasa stay d hotel sekali dlm masa 3 thn gitew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Jabatan Pelajaran je yang banyak duk hotel.. Hehe

      Delete
  8. Cantik pemandangan luar. Tenang je tengok. Hotel ni kawasan luar bandar ke?

    ReplyDelete
  9. Gelap gelita bilik tu... Sesuai untuk seorang penghuni!

    ReplyDelete
  10. Best duduk sini, saujana mata memandang sawah padi luas terbentang.

    ReplyDelete
  11. Cantik view luar saujana mata memandang.
    Bukit tu rasanya Gunung Keriang. Sebab itu je bukit yang terletak tak jauh dari bandar Alor Setar. Dekat-dekat situ ada Muzium Padi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Gunung Keriang. Muzium Padi pun saya pergi juga hari tu.

      Delete
  12. romantik pulak bilik dia yaa.. tapi cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai untuk pasangan nak berbulan madu di awan biru.. Eh, ternyanyi pulak..

      Delete
  13. Alhamdulillah, syukur perjalanan lancar. Nampak macam bilik hotel pun sangat selesa, ada segala kemudahan. Pemandangan dari tingkat 13 mesti cantik kan, boleh tengok bandar Alor Setar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Alhamdulillah.. Sesekali bos suruh mesyuarat jauh sikit. Hehe

      Delete
  14. Waah luas juga. Saya kalo sendiri, confirm tak berani 🤣🤣.

    Tapi sukaaa dengan view dia lah bang 😍😍👍. Cantiiik menghadap ke bukit pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Menarik pemandangan sawah padi yang luas terbentang.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.