Monday, January 6, 2025

Buah Kelapa Pandan Rosak Binasa

Lain macam tajuknya, siap rosak binasa lagi. Nak dijadikan cerita, semalam aku berhajat nak minum air kelapa pandan yang ditanam di belakang rumah. Aku nampak 2 biji sudah agak besar, dah boleh dikorbankan untuk menghilangkan dahaga.

Baca juga :

Aku ambil parang dan jug plastik lalu pergi ke belakang rumah. Dengan harapan setinggi gunung aku memetik sebiji buah kelapa lantas dibelah. Aik, kosong! Mana airnya? Aku petik sebiji lagi, belah dan sama. Tiada air. Tiada isi. Sebelum-sebelum ini elok saja buahnya. 

Tiada rezeki nak minum air kelapa muda

Aku ambil keputusan untuk petik semua buah kelapa pandan di atas pokok yang berbaki empat biji. Dibelah, tetap kosong. Tiada air dan isi. Aduh! Kenapa ni?

Macam biasa, aku pun Google untuk mencari jawapan terhadap permasalahan ni. Ok, dapat. Antara punca berlaku begini kerana pokok kelapa terendam dengan air dalam satu masa tertentu. 

Aku fikir, inilah sebabnya berlaku pada pokok kelapa pandan aku kerana di belakang rumah akan digelinangi air sekiranya hujan lebat yang lama. Ini berpunca dari sistem parit dalam halaman yang telah aku renovated disamping salur air hujan (gutter) yang dahulunya ada, tapi telah dibuka oleh kontraktor tanpa memasang kembali.

Rasanya, elok dipasang kembali salur tu bagi mengelakkan air bertakung di belakang rumah sekaligus memastikan pokok-pokok buah yang ditanam di belakang rumah tidak musnah atau rosak.

18 comments:

  1. Oh itu puncanya ye. Sayangnya tak dapat minum air kelapa tu. Buahnya kosong.

    ReplyDelete
  2. Kempunan lagi la tu. Semoga pihak berwajib dpt memastikan saluran air x tersumbat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saluran longkang kat luar takde masalah.. Dekat halaman rumah saya je.

      Delete
  3. huhuhuhu... xpe, nti berbuah lagi.. insyaAllah ok ...

    ReplyDelete
  4. Gitu rupanya. Tak boleh duduk dalam air bertakung rupanya pokok nyoq ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Tapi tak tau la kenapa boleh jadi macam tu

      Delete
  5. sayang jugak...kelapa pandan dah la sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sedap.. Sebelum ni dah beberapa kali dah pekena air kelapa nya.

      Delete
  6. Nasib baik encik gugel ada cadangan

    ReplyDelete
  7. Sayangnya.. tp musykil jugak kan? Nasib baik ada google penyelamat, xdelah menjadi teka-teki

    ReplyDelete
  8. Sayangnyaaaa...kena buat sesuatu tu..kalau tak nanti buahnya berterusan rosak kan

    ReplyDelete
  9. Kena buat sistem perparitan untuk mengeluarkan air bertakung.
    takut2 kalau dibiarkan pokok kelapa pula boleh mati.

    ReplyDelete
  10. Ooo baru tahu. Thank you info. Dulu, ada juga sepokok kelapa ini depan rumah, buahnya sering di petik pekerja yg ambil sisa terbuang or pekerja tnb (mmg sedekahkan aja). Bila besar, dahan pokok tu menghalang kabel elektrik, akhirnya ditebang.

    ReplyDelete
  11. gitu pulak ye...bukan rezekilah namanya. dulu kat rumah ammi ada pokok mangga, buah lebat tapi semua buah tak boleh makan sbb dalamnya mmg banyak ulat

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.