Semalam, aku sekali lagi diarahkan menjadi pengacara majlis, kali ini untuk Pameran Retrospektif Citra Budaya dan Warisan Melaka dalam Seni Miniatur. Pameran ini dirasmikan oleh YB. Timbalan EXCO kerajaan negeri Melaka bagi portfolio pelancongan.
Sejujurnya, tugasan ini bukanlah sesuatu yang aku gemar. Kalau boleh, aku nak elak. Tapi setiap kali nama aku naik, alasan yang sama muncul, tiada orang lain yang mahu. Jadi, nak tak nak, aku kena buat juga.
Majlis berjalan lancar. Bermula dengan ucapan alu-aluan, disusuli ucapan YB. Timbalan EXCO, dan akhirnya gimik perasmian yang cukup santai, sederhana tapi bermakna. Selepas itu, tetamu dibawa melawat pameran yang mempamerkan seni miniatur budaya dan warisan Melaka.
Walaupun aku dah biasa dengan tugas ini, rasa risau tetap ada. Bimbang tersasul atau tersalah sebut, terutamanya bila melibatkan nama-nama besar. Tapi bila tengok majlis berjalan lancar dan tetamu gembira, lega rasanya.
Namun, aku tetap berharap suatu hari nanti ada orang lain yang lebih rela dan berminat menggantikan aku sebagai pengacara. Tugas ini bukanlah kegemaran aku, tapi setakat ini, aku buat saja demi memastikan majlis berjalan seperti yang dirancang.
Saya pernah jadi pengacara majlis baik masa bekerja mahupun masa sekolah dulu...sebenarnay lebih mudah jika ada skrip dan tatu tatacaranya...cuma suara saya ytidak sedap mana
ReplyDeleteSuara saya pun bukannya sedap pun.. Menyanyi pun sumbang.. Haha.
DeleteSaya tak pernah jadi pengacara kerana berdarah gemuruh, boleh pengsan bila pegang mikrofon.
ReplyDeleteHaha.. Bebetul gemuruh ni...
Deletebestnye, kalau dang pegang mikrofon rasa xnak lepas.. :P :P :P
ReplyDeleteSaya biasa bagi talk dan berhadapan dengan orang ramai, jadi dah biasa jugalah.
DeleteDia kalau sekali ambil tugasan ni, memang seterusnya memang akan galas tugas sama.
ReplyDeleteSaya tak pernahlah sebab bertugas di rumah je ðŸ¤, tapi begitulah yang jadi pada adik dan kakak saya.
Itulah pasal.. Elok simpan je skill, orang pun tak tahu. Kerja pun senang. Hehe
DeleteIni mesti bersuara lunak, ni...
ReplyDeleteLunak-lunak basah.. Haha.
DeleteOrang hebat ni. Boleh booking untuk kenduri kahwin lah ni.
ReplyDeleteKalau nak jadi MC majlis kahwin, dah boleh letak harga. Haha
Delete