Wednesday, December 25, 2024

Sampai Bila Nak Jadi Pengacara Majlis?

Semalam, aku sekali lagi diarahkan menjadi pengacara majlis, kali ini untuk Pameran Retrospektif Citra Budaya dan Warisan Melaka dalam Seni Miniatur. Pameran ini dirasmikan oleh YB. Timbalan EXCO kerajaan negeri Melaka bagi portfolio pelancongan.

Nasi baik jurukamera ambil gambar, ada juga kenangan

Sejujurnya, tugasan ini bukanlah sesuatu yang aku gemar. Kalau boleh, aku nak elak. Tapi setiap kali nama aku naik, alasan yang sama muncul, tiada orang lain yang mahu. Jadi, nak tak nak, aku kena buat juga.

Majlis berjalan lancar. Bermula dengan ucapan alu-aluan, disusuli ucapan YB. Timbalan EXCO, dan akhirnya gimik perasmian yang cukup santai, sederhana tapi bermakna. Selepas itu, tetamu dibawa melawat pameran yang mempamerkan seni miniatur budaya dan warisan Melaka.

Walaupun aku dah biasa dengan tugas ini, rasa risau tetap ada. Bimbang tersasul atau tersalah sebut, terutamanya bila melibatkan nama-nama besar. Tapi bila tengok majlis berjalan lancar dan tetamu gembira, lega rasanya.

Namun, aku tetap berharap suatu hari nanti ada orang lain yang lebih rela dan berminat menggantikan aku sebagai pengacara. Tugas ini bukanlah kegemaran aku, tapi setakat ini, aku buat saja demi memastikan majlis berjalan seperti yang dirancang.

11 comments:

  1. Saya pernah jadi pengacara majlis baik masa bekerja mahupun masa sekolah dulu...sebenarnay lebih mudah jika ada skrip dan tatu tatacaranya...cuma suara saya ytidak sedap mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara saya pun bukannya sedap pun.. Menyanyi pun sumbang.. Haha.

      Delete
  2. Saya tak pernah jadi pengacara kerana berdarah gemuruh, boleh pengsan bila pegang mikrofon.

    ReplyDelete
  3. bestnye, kalau dang pegang mikrofon rasa xnak lepas.. :P :P :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa bagi talk dan berhadapan dengan orang ramai, jadi dah biasa jugalah.

      Delete
  4. Dia kalau sekali ambil tugasan ni, memang seterusnya memang akan galas tugas sama.
    Saya tak pernahlah sebab bertugas di rumah je 🤭, tapi begitulah yang jadi pada adik dan kakak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. Elok simpan je skill, orang pun tak tahu. Kerja pun senang. Hehe

      Delete
  5. Orang hebat ni. Boleh booking untuk kenduri kahwin lah ni.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.