Wednesday, December 25, 2024

Sampai Bila Nak Jadi Pengacara Majlis?

Semalam, aku sekali lagi diarahkan menjadi pengacara majlis, kali ini untuk Pameran Retrospektif Citra Budaya dan Warisan Melaka dalam Seni Miniatur. Pameran ini dirasmikan oleh YB. Timbalan EXCO kerajaan negeri Melaka bagi portfolio pelancongan.

Nasib baik jurukamera ambil gambar, ada juga kenangan

Sejujurnya, tugasan ini bukanlah sesuatu yang aku gemar. Kalau boleh, aku nak elak. Tapi setiap kali nama aku naik, alasan yang sama muncul, tiada orang lain yang mahu. Jadi, nak tak nak, aku kena buat juga.

Majlis berjalan lancar. Bermula dengan ucapan alu-aluan, disusuli ucapan YB. Timbalan EXCO, dan akhirnya gimik perasmian yang cukup santai, sederhana tapi bermakna. Selepas itu, tetamu dibawa melawat pameran yang mempamerkan seni miniatur budaya dan warisan Melaka.

Walaupun aku dah biasa dengan tugas ini, rasa risau tetap ada. Bimbang tersasul atau tersalah sebut, terutamanya bila melibatkan nama-nama besar. Tapi bila tengok majlis berjalan lancar dan tetamu gembira, lega rasanya.

Namun, aku tetap berharap suatu hari nanti ada orang lain yang lebih rela dan berminat menggantikan aku sebagai pengacara. Tugas ini bukanlah kegemaran aku, tapi setakat ini, aku buat saja demi memastikan majlis berjalan seperti yang dirancang.

26 comments:

  1. Saya pernah jadi pengacara majlis baik masa bekerja mahupun masa sekolah dulu...sebenarnay lebih mudah jika ada skrip dan tatu tatacaranya...cuma suara saya ytidak sedap mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara saya pun bukannya sedap pun.. Menyanyi pun sumbang.. Haha.

      Delete
  2. Saya tak pernah jadi pengacara kerana berdarah gemuruh, boleh pengsan bila pegang mikrofon.

    ReplyDelete
  3. bestnye, kalau dang pegang mikrofon rasa xnak lepas.. :P :P :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa bagi talk dan berhadapan dengan orang ramai, jadi dah biasa jugalah.

      Delete
  4. Dia kalau sekali ambil tugasan ni, memang seterusnya memang akan galas tugas sama.
    Saya tak pernahlah sebab bertugas di rumah je 🤭, tapi begitulah yang jadi pada adik dan kakak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. Elok simpan je skill, orang pun tak tahu. Kerja pun senang. Hehe

      Delete
  5. Orang hebat ni. Boleh booking untuk kenduri kahwin lah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jadi MC majlis kahwin, dah boleh letak harga. Haha

      Delete
  6. Tahniah! bukan semua orang boleh jadi pengacara.
    Selagi masih relevan kayuh ajelah ya

    ReplyDelete
  7. Tahniah, berjaya menjalankan tugas sebagai pengacara dengan baik.

    ReplyDelete
  8. Cuya pon berpengalamn jadi pengacara majlis, pernah dibayar juga

    Seronok sebab Cuya minat , lagi senang kalau teks sudah disediakan. Hehe

    ReplyDelete
  9. Biasanya mcm tu la.. mst appoint org yg sama je.. kalau sy selalunya part design or pa system.. tp sy suka je belerja dgn staf lelaki part mcm ni

    ReplyDelete
  10. kalau selalu terpilih ni, mesti bagus acara nya.. ok la tu..org percaya utk pikul tanggungjawab..bukan mudah ni

    ReplyDelete
  11. SA selalu jadi pengacara majlis suatu masa dulu...masa muda2 la senang cerita...baik majlis formal mahupun yang x formal...sekrang bakat turun kat Nia anak dara tunggal SA tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. Nak letak jawatan dah ni.. Tapi minggu depan kena lagi. Dah ada memo arahan. Haha.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.