Balik kerja petang tadi terus ambil anak dara aku yang seorang tu di sekolah yang selesai berlatih kriket. Dah bonceng motor, dia cakap, "ayah, jom makan mi sup, lapar lah". Aku jawab "ok".
Mi Sup Tengkera memang dekat sangat dengan sekolah anak aku. Dalam 100 meter aje kot. Dia pun penggemar Mi Sup Tengkera.
Sampai saja anak aku pesan mihun sup. Aku pula, kerana sudah kenyang hanya memesan 2 keping popia goreng. Huh, kenyang pun pesan 2 keping. Haha.
Bagi aku, popia goreng di sini kena dengan tekak aku. Nasib baik masih ada lagi. Biasanya popia awal habis.
Kedai ni sebenarnya memang lagend. Bukan sejak aku kecil, tapi sejak abang-abang aku bersekolah lagi. Taknak cerita panjang pasal kedai ni, baca saja post aku yang lalu di SINI.
Dah tu je nak cerita. 😊✌🏼
Unik presentation popia. Kalau saya, 1 tak cukup ni.
ReplyDeleteMemang ler.. Pasal tu saya pesan 2 keping. Hehe.
DeleteCari gambar mi sup takde. Hihi. Nampak sedap tu curah sos terus ye.
ReplyDeletewah macam sedap jeee
ReplyDeleteSedap.. Cubalah
DeleteKejap, popia goreng mengapa ada sup sekali?
ReplyDeleteSaya keliru. Help!
Nama kedai tu Mi Sup Tengkera. Hehe
Deletewahh...kriket player, semoga berjaya ke peringkat tertinggi...lama ya kedai nih bertahan..sentiasa jg kualiti makanan, akan ramai pelanggan setia...
ReplyDeleteAnak saya ni macam-macam dimasuknya.. Dia suka buat pelbagai perkara. Macam bapak dia jugak.
Deletewah..sedap ni. ye la, x de plak gambar mee sup nya
ReplyDeleteAda tu. Tekan pautan yang saya bagi.
DeleteOk nanti bleh cuba makan mee sup Tengkera gak..popia tu nampak sedap la
ReplyDeleteKena dengan tekak saya. Sedap.
DeleteSinggah sini cari post MST, hehehe. Lain kali datang sy nak cuba yg goreng pulak laaa popiah tu.
ReplyDelete