Sunday, December 1, 2024

Makan Jemput-jemput Bawah Pokok Kayu Manis

Nasib baik isteri layankan ambil gambar

Petang yang nyaman di kampung memang tak ada tandingan. Petang semalam aku balik kampung di Pengkalan Perigi, Melaka, tempat aku membesar dengan seribu satu kenangan. Hehe, macam jauh sangat kampung, tak sampai 10 kilometer pun dari rumah aku. Di hadapan rumah emak, ada sebatang pokok kayu manis yang berdiri megah, tempat teduhan yang sempurna untuk menikmati suasana petang.

Sambil duduk atas kerusi, aku menggigit jemput-jemput yang emak goreng tadi. Orang lain panggil cucur bawang atau cekodok bawang, tapi aku suka sebut jemput-jemput. Dalam jemput-jemput ni, ada bawang dan ikan bilis yang sebati rasanya. Bila makan panas-panas, pergh, terus rasa nikmat dunia. Ditambah pula dengan secawan kopi O panas, cukup melengkapkan suasana.

Angin sepoi-sepoi meniup lembut, daun pokok kayu manis melambai-lambai macam nak turut serta menikmati petang ni. Bau tanah kampung yang basah lepas hujan pagi tadi memang buat hati rasa tenang. Sesekali terdengar bunyi burung berkicau dan riuh anak-anak bermain di halaman rumah. Rasa macam dunia ni berhenti sekejap, membiarkan aku menikmati saat ini sepenuhnya.

Jemput-jemput ni sebenarnya resipi yang luar biasa. Kalau aku buat sendiri pasti tak sama dengan yang mak aku masak. Bila makan di kampung, bawah pokok dengan angin kampung dan bau nostalgia, rasa dia jadi bertambah luar biasa. Memang betullah orang kata, makanan sedap tu bukan sebab bahan saja, tapi suasana dan kenangan yang datang sekali dengan setiap gigitan.

Kalau ada masa, aku cadangkan korang cuba makan Jemput-jemput bawah pokok macam ni. Simple, tapi mendamaikan jiwa. Bak kata orang, kecil-kecil hidup di kampung, besar-besar nak balik kampung juga. Memang rindu tak pernah habis. 

28 comments:

  1. Kalau linda pulak, panggil cekodok tepung.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Suka suasana kampung camni, bangun pagi2 cuaca fresh, kiri kanan penuh pokok pastu bunyi unggas2. Tenang jiwa

    ReplyDelete
  3. Ooo...begitu rupa pokok kayu manis rupanya.
    Bau nostalgia! Dalam isi tersiratnya tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau nostalgia, ada harum ada kurang harum.. Haha

      Delete
  4. Agaknya kita orang² selatan la kot yang panggil jemput² kan. Pokok kayu manis tu pokok besar ke? Sy kalau kayu manis nak masak kari tu tau la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kayu manis ni boleh besae lagi. Ni pun dah cantas.

      Delete
  5. Kalau kena dengan suasana memang syiok. Kena selalu balik kampunglah macam ni.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Haha.. Tauke estet tu old money, ni no money.. Haha

      Delete
  7. apa jua yang mak masak pasti sedap, walaupun nasi putih berlaukkan nasi yg dicampur dengan air gula. huhuhu.. nikmat

    ReplyDelete
  8. Pergh...makan cekodok bawah pokok...2kg pun boleh habis...

    ReplyDelete
  9. Oh, sy ingatkan cekodok bawang ni ada bawang je rupanya ada ikan bilis jugak, kalau kami panggil cucur pusuk (ikan bilis)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Biasa emak saya buat tambah ikan bilis jugak. Dan ada juga tambah satu lagi bahan rahsia.. Hehe

      Delete
  10. Kami kat sini panggil jepput. 😃

    ReplyDelete
  11. Seronok laa dapat lepak bawah pokok sambil minum petang ..

    ReplyDelete
  12. bestnya...kpg saya x mcm ni, rumah dekat2, tak byk pokok besar..ada pokok bunga je..tak dpt mencipta suasana mcm saudara...

    ReplyDelete
  13. Aisssh jadi rindu mudik saya 🤭😁. Bisa makan di bawah pohon, masakan mama pula. Pastilah sedap kan. Memang bang, makanan begini simpel, tp jadi berkesan Krn dia punya banyak memory dari zaman kecil

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.