Monday, December 30, 2024

Ketua Menteri Melaka Memasak Kari Ikan

Festival Masakan Warisan Melaka 2024 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 28 Disember lalu. Festival ini berlangsung dari 29 Disember iaitu selama 2 hari. Festival ini merupakan antara acara tahunan yang diadakan oleh jabatan aku. Kini sudah 16 tahun ia dilaksanakan.


Edisi kali ini, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh. Beliau memang gemar memasak. Kalau lihat dalam Tik Tok dan Facebooknya, memang terdapat paparan menunjukkan beliau sedang memasak.

Jadi, sesudah merasmikan festival ini, YAB. Ketua Menteri Melaka telah meluangkan masa dengan menunjukan bakatnya memasak. Kari Ikan merupakan menu yang dimasak. Ya, beliau yang memasak. Dari mula hingga siap hidangannya. Aku lihat sendiri kerana aku berdiri di hadapannya dari mula hingga ke akhir. 

Cuma aku tak sempat nak merasa masakannya. Tapi ramai yang telah merasa memaklumkan sedap masakannya. 

20 comments:

  1. Wahh Ketua Menteri Melaka hebat memasak rupanya....
    Berbakat juga ya

    ReplyDelete
  2. wahh...bukan senang nk rasa air tangan YAB...

    ReplyDelete
  3. awak dapat rasa tak air tangan YB tu? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak merasa. Banyak Booth yang beri makanan percuma. Naik senak perut makan.

      Delete
  4. Nampknya hobi kami dua sama...suka memasak tetapi saya kurang suka makan

    ReplyDelete
  5. Selalunya pemimpin begini berjiwa rakyat.. betul x? Nmpk mcm family man je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi betul tu. Pemimpin yang berjiwa rakyat selalunya memang rapat dengan keluarga dan memahami keperluan masyarakat. Kalau keluarga dijaga dengan baik, insyaAllah kepimpinannya pun lebih ikhlas dan penuh kasih sayang.

      Delete
  6. Kenapa tak sempat rasa air tangan pak menteri, bukan calang-calang yg masak ni. Sedapnya kari ikan (eh tiber).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, memang rugi tak sempat rasa. Jarang-jarang dapat peluang merasa air tangan pak menteri. Tengok kari ikan pun dah terbayang kesedapannya. Harap lain kali ada rezeki untuk cuba.

      Delete
    2. Amiiin YRA! ajak saya juga ya.

      Delete
  7. wahh..rare ni..masak depan org ramai

    ReplyDelete
  8. Hebat di dapur juga Ketua Menteri Melaka ni...orang lelaki memang sepatutnya lebih pandai masak kan..sebab kebanyakkan chef adalah lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. Tau pun.. Orang lelaki memang hebat memasak kecuali saya.. Haha

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.