Malaysia merupakan salah sebuah negara yang aktif dan konsisten dalam mempromosikan negara dalam sektor pelancongan. Ini bagi menarik lebih ramai pelancong dari luar negara ke negara ini. Terdapat pelbagai usaha dijalankan antaranya di peringkat negeri sebagai contoh pada tahun 2017 merupakan Tahun Melawat Perak, 2019 adalah Tahun Melawat Melaka manakala di peringkat pusat pula pada tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Walau bagaimanapun, akibat daripada pandemik Covid-19 yang mula menular di dalam negara bermula Mac 2020, Tahun Melawat Malaysia terpaksa dibatalkan.
Pada tahun 2018, sektor pelancongan Malaysia telah menyumbang RM84.1 billion kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan jumlah kehadiran pelancong antarabangsa seramai 25.8 juta orang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2019 Malaysia hanya menerima 20.1 juta orang pelancong antarabangsa dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM66.14 billion.
Namun, zaman terus berubah. Industri-industri tertentu yang berkait rapat dengan kehendak perubahan masa dan zaman perlu berubah dalam memastikan kelangsungan dalam industri berkekalan dan terus relevan termasuk industri pelancongan.
Meskipun perbelanjaan pelancong tertumpu kepada segmen membeli belah, penginapan dan makan minum, namun perlu diketahui apakah faktor utama yang mendorong pelancong antarabangsa mengunjungi Malaysia. Faktor tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah kebudayaan dan warisan. Pada tahun 2019 pendapatan sektor kebudayaan mencatatkan sebanyak RM423 juta.
Tidak boleh dinafikan bahawa faktor budaya dan warisan merupakan salah satu faktor yang mendorong pelancong antarabangsa mengunjungi negara ini. Justeru, apabila membangunkan satu-satu produk pelancongan, elemen kebudayaan dan warisan wajib dititikberatkan dan diambil perhatian yang serius.
Sebagai seorang pelancong yang ingin melawat ke negara luar, apakah faktor yang menarik minat kita hendak ke sana? Pastinya kita tidak mahu melihat apa yang terdapat di sana, sama sahaja di Malaysia. Sudah pasti kita mahu melihat bangunan-bangunan bersejarah, tapak-tapak warisan, makanan dan pakaian tradisi serta kebudayaan mereka.
Begitu juga di Malaysia, elemen kebudayaan dan warisan perlu ditonjolkan. Tidak perlu malu untuk memperlihatkan kebudayaan dan warisan yang kita miliki. Lebih menyedihkan apabila terdapat pihak yang tergamak untuk menutupi dan melenyapkan warisan yang dimiliki atas nama pembangunan dan keuntungan semata-mata.
Adalah suatu kelaziman sebagai pelancong inginkan sesuatu yang baharu selain apa yang terdapat di negara mereka. Selalunya kita beranggapan mereka gemar untuk menikmati beefsteak atau fish and chip walhal mereka sangat teruja ingin mencuba dan merasai asam pedas, nasi lemak, sambal belacan, roti canai dan lain-lain menu tradisi Malaysia.
Kita juga sering menganggap mereka suka berhibur di kelab malam sambil minum minuman beralkohol, sebaliknya mereka berkeinginan untuk menyaksikan kebudayaan dan persembahan tradisional sambil dihidangkan dengan minuman citarasa tempatan seperti air kelapa muda, air nira, sirap selasih, cendol dan sebagainya.
Di Jepun misalnya, terdapat sebuah perkampungan budaya dinamakan Iyashi No Sato yang masih mengekalkan struktur bangunan-bangunan lama yang turut menyediakan perkhidmatan menyewa pakaian untuk pelancong bergambar. Biarpun harga sewaannya menjangkau 1,000.00 Yen (RM38.00) bagi setiap pakaian yang dikenakan namun ramai pelancong yang mencuba kerana keinginan yang tinggi untuk mengenali pakaian tradisi masyarakat di sana.
Di Malaysia, kita juga seharusnya menonjolkan pakaian tradisi kita seperti baju Melayu, kurung, kebaya, busana tradisional dan sebagainya untuk dicuba dan dipakai oleh pelancong asing bagi memperkenalkan tradisi kita. Ini secara tidak langsung dapat mempromosikan tradisi dan kebudayaan Malaysia di serata dunia.
Tapak-tapak sejarah dan warisan juga perlu dijaga rapi. Adalah tidak lagi relevan untuk membangunkan sesebuah kompleks yang besar dan moden seperti pusat membeli belah atau perumahan di suatu lokasi yang telah diketahui status warisannya. Kita seharusnya akur, jika hendak dibandingkan dengan pusat membeli belah di negara Eropah, sudah pasti kita masih belum mampu menyaingi mereka kerana mereka telah melangkah jauh ke hadapan. Jangan biarkan tapak-tapak warisan ini terus tersepit dan lenyap di tengah-tengah pembangunan.
Andainya perlu juga membina kompleks seperti ini, hendaklah ia dibina di luar kawasan warisan agar tapak-tapak bersejarah ini terjaga seterusnya dapat disaksikan dan dirasai oleh generasi kini dan generasi akan datang, juga para pelancong dari dalam dan luar negara. Usahlah pelabur memperoleh keuntungan daripada warisan yang kita ada, namun kita menangis di kemudian hari akibat kehilangan tapak warisan yang sangat berharga yang telah diwarisi dari zaman berzaman. Pada ketika itu, menangis air mata darah pun tidak berguna lagi.
Justeru, apabila membangunkan sesuatu produk pelancongan, usah diabaikan aspek-aspek kebudayaan dan warisan. Produk pelancongan perlu dibina dengan acuan kita sendiri dan digarapkan bersama unsur-unsur tempatan yang sememangnya mempunyai nilai serta harga yang tinggi. Kita harus yakin dan percaya bahawa pelancong asing akan berasa lebih gembira apabila disajikan dengan sesuatu yang asli dari negara ini.
* Artikel yang aku tulis ini telah dimuatkan ke dalam buletin jabatan aku iaitu TINTA edisi 2/2022 yang lalu.
Sangat setuju! Kalau saya melancong sudah semestinya tidak mahu melihat benda yang sama di negara sendiri. Inilah masanya juga untuk kita berkenalan dan mencicip makanan di negara yang kita lawati.
ReplyDeleteBetul tu.. Takkan nak tengok benda yang sama je.. Hehe
DeleteUncle setuju 100% dengan artikel tu... Benda yg sama tak de kita minat kan?
ReplyDeleteTerima kasih kerana bersetuju uncle.. Sepatutnya 200% tu. Haha
Deletesetuju. kita kalau pergi mana2 negara pun mesti nak tengok diorang punya culture dan makanan. kat selangor ni foreigner boleh merasa culture malaysia if datang area2 sekinchan atau pun pergi pasar seni, kampung barulah kot
ReplyDeleteBenar tu. Budaya dan warisan kita perlu dilestarikan agar generasi mendatang kenal asal usul mereka.
DeleteBetul . CCL setuju dengan point-point yang ada dalam artikel tersebut .
ReplyDeleteTerima kasih kerana bersetuju.
DeletePatutlah penulisan sangat teliti dan profesional....masuk buletin rupanya
ReplyDeleteHehe.. Buletin jabatan je.
DeleteTeringat kisah papan tanda perniagaan bukan bahasa kebangsaan di KL
ReplyDeleteEntah siapa yang salah, ku tak tahu...
Deletejom la kita geng blogger buat antologi ebook pulak.. hehehe
ReplyDeleteBagus cadangannya tu. Macam mana nak mulakan?
DeleteBuat entri mcm biasa je kot sapa yg berminat... lg best anekdot yg bertemakan blog dan blogger
DeleteSA kalau pergi mana- mana memang suka explore budaya dan makanan ornag luar...setuju 100% dengan artikel tu...
ReplyDeleteTerima kasih kerana bersetuju.
Deletesgt setuju...kena kekalkan tapak sejarah & warisan..
ReplyDeleteSemua pun patut bersetuju.
Deletewah karya dimuatkan dalam bulletin pejabat.
ReplyDeleteDah banyak dah artikel saya buat.. Hehe
DeleteAgreeeee sangat 👏👏. Sebagai rutin traveler, yg saya cari di suatu negara pasti nya budaya asli di sana, kuliner khas, sejarah, atau bisa interaksi dengan warga lokal.
ReplyDeleteSaya tak tertarik kalo hanya utk menikmati mall, melihat gedung2 besar, itu semua pun ada di negara sendiri.
Karena itu saya suka dengan destinasi yg masih menjaga tradisi dan apapun budaya dari mereka.
Terima kasih kerana bersetuju.
Delete