Friday, December 27, 2024

Cendol Jam Besar, Melaka

Tengah hari tadi pergi solat Jumaat di Masjid Kg. Keling. Tak jauh dari tempat kerja aku. Jalan kaki sendirian sahaja dengan melalui di celah-celah bangunan berdekatan Jonker Street. Hari ni tak balik rumah bersolat di dalam kariah.

Dalam perjalanan balik dari solat Jumaat, terserempak dengan seorang kakitangan aku. Kami berjalan seiringan sambil aku mempelawanya pekena Cendol Jam Besar. Dia bersetuju, jadi kami pun ke gerai tersebut. 

Sampai saja, ramai yang sudah beratur untuk memesan cendol atau ABC. Meja pun penuh. Aku minta dia standby untuk memerhati sekiranya terdapat meja kosong sambil aku beratur untuk memesan cendol. Konsepnya beratur, pesan, bayar dan duduk. Ala, layan dirilah tu. 

Aku order 2 mangkuk cendol campur yang berharga RM5.00 semangkuk. Dalam mangkuk tu, macam biasa ada santan dan cendol dicampur dengan kacang merah, jagung, cincau dan agar-agar.


Sedap? Ya sedap. Mana-mana kedai aku pergi jarang jumpa cendol tak sedap. Bagi aku, makan cendol ni biasa je. Takde jumpa lagi cendol yang amat sedap. Rasa semuanya hampir sama je.

Kalau berkunjung ke Bandar Hilir, Melaka jangan lupa singgah untuk menikmati Cendol Jam Besar. Dekat dengan Rumah Merah (Stadthuys). Seberang jalan pejabat/muzium aku je. 

24 comments:

  1. panas2 berjalan, pekena cendol memang ngam

    ReplyDelete
  2. Lama sudah tak kesana. Sedap pula kalau pekena cendol ni

    ReplyDelete
  3. rindunye penang... dulu dunia kami di sini..

    ReplyDelete
  4. Nak sedap, kena pergi berteman, lepas tu teman tu yang belanja. Pastikan sekali waktu tu matahari atas kepala, panas berdenting. Allah maha besar, nikmatnya!

    ReplyDelete
  5. Betul, cendol rasa kebanyakan sama aje cuma yg membezakan ada jugak yg tak sedap, contoh cendol keras atau santannya tak sedap.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ya betul.. Musim hujan tak berapa kena mkaa cendol.

      Delete
  7. Cendol sedapp kalu cukup lemak manis dan bahannya kan mesti ada cendol dan kacang merah
    Teringat dulu2 arwah mak buat cendol tu sendiri je bila nk mkn jenuhh jga mengacau tepung beras

    Ciknur dah join tau Ga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Mak saya buat cendol pun sedap.. Nak² di bulan puasa.

      Delete
  8. Nampaknay saya sudah ada clue...kalau nak jumpa bro seandainya melawat Melaka boleh jumpa di muzium hehehe

    ReplyDelete
  9. yang buat sedap adalah air gulanya..air santan serta cendolnya.

    ReplyDelete
  10. Pekena cendol lepas solat Jumaat memang feel dia lain macam best. 👍

    ReplyDelete
  11. panas2 pekena cendol, memang kena sgt la kan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. Port paling suka SA dan suami lepak kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Santai sambil melihat pelancong dari dalam dan luar negara berlalu lalang.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.