Saturday, November 9, 2024

Selamat Hari Lahir Muhammad Fahim

Muhammad Fahim ketika berusia 3 tahun. 


Syukur Alhamdulillah, pada tarikh 8 November, genap 16 tahun usia anak sulung ayah, Muhammad Fahim. Rasa macam baru semalam ayah dukung Fahim yang kecil, sekarang dah besar panjang, dah jadi remaja. Ayah senang tengok Fahim membesar dengan baik dan sihat walafiat. 

Doa ayah tak pernah putus, semoga Fahim terus jadi anak yang soleh, sentiasa ingat Allah dalam setiap langkah. Jaga solat, hormati orang tua dan berbuat baik dengan semua orang. Dunia ni tempat kita berusaha dan insyaAllah, bila kita ikhlas dan sabar, Allah akan beri yang terbaik untuk kita, bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat.

Moga segala cita-cita Fahim tercapai. Ayah sentiasa ada untuk menyokong Fahim dalam setiap impian. Teruslah jadi diri sendiri, bawa kebaikan dan manfaat pada orang sekeliling. Selamat hari lahir sayang, moga tahun-tahun mendatang bawa kebahagiaan dan rahmat yang tak terhingga buatmu.

Teringat dulu, buat puisi untuk Muhammad Fahim

13 comments:

  1. Sanah Helwah Fahim.
    Semoga berjaya dunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... 🀲🏼🀲🏼🀲🏼

      Delete
  2. Alhamdulillah...
    Selamat hari lahir Fahim, semoga yang baik2 untuk nya.. Aamin2

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir Muhammad Fahim :)

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Muhammad Fahim πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‚. Semoga selalu diberkahi dan dilindungi oleh Allah dalam setiap langkah, dimudahkan dalam menuntut ilmu, dan jadi anak kebanggaan orangtua ☺️πŸ€—

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.