Wednesday, November 20, 2024

Pengalaman Unik Lawatan Ship Tour Genting Dream Cruise di Melaka

Pada 18 November 2024, aku berpeluang menyertai satu lawatan istimewa ke atas kapal mewah Genting Dream Cruise yang berlabuh di Melaka. Untuk pengetahuan korang, kapal ini mula berlabuh di Melaka kira-kira dua minggu yang lalu dan kini setiap hari Isnin ia akan berlabuh di sini sebagai sebahagian daripada pelayaran dari Singapura ke Melaka. Menariknya, ramai pelancong asing yang mengambil pakej pelayaran ini, menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi percutian mereka.

Bayangkan sebuah kapal setinggi 19 Tingkat. Ya, memang betul, aku sempat tengok nombor-nombor di lif yang ada sampai ke tingkat 19. Kapal ini memang gah dan megah. Sepanjang berada di atas kapal ini, aku terpegun dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Memang rasa macam berada di sebuah bandar kecil yang terapung. 

Kami para jemputan diberi peluang untuk merasai pengalaman di dalam kapal, termasuk menikmati hidangan makanan halal. Makanan dia memang sedap dan variasi. Selain itu, kapal ini dilengkapi dengan pelbagai hiburan seperti pentas persembahan, restoran-restoran mewah, kolam mandi, pusat membeli-belah dan macam-macam lagi. Tapi, ada satu bahagian yang agak eksklusif iaitu kasino. Kasino ini tidak dibenarkan beroperasi ketika kapal berada di perairan Melaka. Kasino hanya aktif bila kapal berada di perairan antarabangsa.  

Melaka kini semakin popular sebagai destinasi persinggahan kapal-kapal mewah seperti Genting Dream Cruise ini. Aku rasa ini satu peluang yang sangat baik untuk mempromosikan negeri Melaka kepada pelancong luar. Seronok betul dapat tengok sendiri kemewahan dalam kapal ini sambil menikmati suasana unik di atas laut.  

Bagi yang belum pernah merasai pengalaman sebegini, aku memang sarankan korang cuba kalau ada peluang. Genting Dream Cruise ini bukan sekadar kapal biasa, tapi sebuah pengalaman yang luar biasa. Siapa sangka Melaka kini menjadi salah satu destinasi kapal mewah yang terkenal?

Bot perantara yang mengambil dan menghantar pelancong dari kapal ke terminal jeti ICQS Melaka

Ketika kapal perantara menghampiri Genting Dream Cruise

Ada tempat shopping juga dalam kapal ni

Kolam renang pun ada

Kuih muih 

Beraneka sayur-sayuran

Sampai senak perut makan

Macam-macam ada 

Masa untuk mencekik

Jadi le dapat merasa. Nak ikut berlayar betul-betul tak tahu bila boleh dapat 

Ambil gambar mana yang sempat je. Banyak berjalan ship tour dan mendengar informasi yang disampaikan oleh kru kapal. 

14 comments:

  1. wahhh bestnya naik kapal besar siap ada tempat shopping lagi hah. makanan pun nampak sedap2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat juga sedikit pengalaman, walaupun hanya seketika.

      Delete
  2. Wah.. Nie kena kumpul duit bertahun2, baru dapat masuk.. Hihihi...
    Alhamdulillah, diberikan rezeki dijemput group tour tu...
    Maken meriah lah Melaka lepas nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap, tour ni 4 hari 3 malam minimum RM1,700 ++

      Delete
  3. Wow…19 tingkat!
    Teringin juga nak join tour kapal persiaran, nak menikmati senja dan langit malam di lautan luas.

    ReplyDelete
  4. Mesti seronok kalau dapat bercuti atas kapal mewah begini. Semua ada di dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sebab dalam kapal tu ada kasino, saya rasa tak seronok.

      Delete
  5. Nikmat orang kaya...belayar dalam kapal mewah

    ReplyDelete
  6. Hari tu lalu di TikTok, kalau nak sedap dan selesa naik cruise yang seperti di pos ini, at least 1 kepala 1 K bajetnya. Teringin, harap bajet kami cukuplah nanti (angan2)

    ReplyDelete
  7. Isssssh, ini sudah lamaaaa jadi bucket list saya bang 😅😍😍😍. Kemarin tuh nak Cruise yg rutenya singapura, malaysia dan Thailand. Saya lupa nama kapalnya.

    Trus terdengar kabar Disney cruise akan merapat ke Singapura 2025. Galau saya langsung 🤣🤣. Nak yg Disney cruise atau kapal Cruise yg lain.

    Disney pastinya lebih pricey, tp fasilitas dia menarik sangat. Nak ajak anak2 naik Cruise ini, kalau bisa yang minimal 5 hari. Biar puas kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada wangnya, sekali sekala bercuti naik cruise pun ok.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.