Kalau sebut je Menara Taming Sari, mesti ada banyak kenangan dalam kepala aku. Dulu, aku pernah naik menara ni banyak kali, sampai tak ingat dah berapa kali. Tapi entah kenapa, dah lama jugak aku tak jejakkan kaki ke sana. Mungkin sebab dah rasa macam biasa je naik. Cuma hujung bulan lepas aku sertai Treasure Hunt yang dianjurkan oleh Menara Taming Sari. Padahal, kalau fikir balik, pengalaman naik menara ni memang best.
Menara Taming Sari ni lain sikit daripada yang lain. Dengan lif kaca yang bawa kita terus naik ke atas, pemandangan dari puncak tu memang menarik. Dari atas, kita boleh nampak hampir keseluruhan Melaka dari bangunan-bangunan bersejarah sampai ke pelabuhan, bukit-bukau, Selat Melaka dan banyak lagi.
Kalau kali pertama naik dulu aku menggelabah jugak. Menara berputar, ketinggiannya lagi, rasa macam nak terbang je. Tapi bila dah beberapa kali naik, rasa tu hilang. Sebaliknya, tiap kali naik, aku rasa lebih seronok dan rasa kagum tengok Melaka dari atas. Nak tengok Melaka dari perspektif yang lain memang best.
Walaupun dah banyak kali naik, aku rasa macam takkan pernah bosan untuk naik lagi. Ada satu keistimewaan bila berada di atas tu iaitu pemandangan luas dan menarik. Mungkin lepas ni, aku akan naik lagi. Siapa tahu, mungkin ada kenangan baru yang menanti.
20 tahun berkahwin dengan org Melaka...tapi belum sekali pun naik ke menara ni
ReplyDeleteMungkin belum sampai seru.. Hehe
DeleteSaya baru dua kali naik menara ni.
ReplyDeleteWah... Kira dah biasa la tu.
DeleteKalau gayat ni memang tak naik.
ReplyDeleteConfirm orang gayat tak msu naik.
Delete*mau
Deleteduluuu masa kecik, kemainnn happy dapat naik tamingg sari ni. hahahah dah tua2 nii boleh try ajak anak pulak xD
ReplyDeleteOoo.. Kecik lagi ke masa naik Menara Taming Sari?
DeleteHari tu tak sempat nak singgah naik Menara Taming cari ni .. kekangan masa, beratur cari coconut shake & kuih keria antarabangsa tu .. next time singgah lagi .
ReplyDeleteTerbaik.. Dapat merasa minuman dan makanan viral negeri Melaka.
DeleteWah ...bagus kalau dapat naik selalu...taip kali naik pasti dapat pengalaman yang lain pula
ReplyDeleteSebenarnya saya naik masa percuma je.. Masa ada program. Hehe.
DeleteAiiiih menyesaaal saya tak naik ke menara ini. Paliiing suka padahal tempat2 tinggi. Jadi ingat menara di Berlin, yg bisa berputar juga.
ReplyDeleteNtah kenapa kalah melihat suatu tempat dari ketinggian , rasanya itu beda. Pandangan lebih luas, lebih baguus juga, dan macam adrenalin rush, itu yg saya suka darit tempat tinggi.