Thursday, November 7, 2024

Melaka Lama : Pemandangan Melaka Dari Laut (Gezicht op Malakka vanaf zee)


Pernahkah korang terbayang pemandangan Melaka pada tahun 1764, dari tengah laut? Menariknya, seorang pelukis Belanda bernama Jan Keldermans atau nama sebenarnya, Jan van Mansdale telah mengambarkan dalam satu lukisan yang bersejarah. Lukisan ini bertajuk Gezicht op Malakka vanaf zee dalam bahasa Belanda atau Pemandangan Melaka dari Laut. Lukisan ini membawa kembali ke zaman di mana Melaka berada di bawah pengaruh Belanda.

Lukisan ini menggambarkan suasana bandar pelabuhan yang tenang dengan deretan rumah, pokok-pokok hijau hijau dan pokok kelapa. Di tengah lukisan, ada sebuah perahu kecil berlayar dengan bendera Belanda berkibar, seolah-olah sedang dalam perjalanan ke kota yang megah ini. Di sebelah kanan, kelihatan sebuah kubu yang kukuh, juga dihiasi bendera Belanda yang berkibar tinggi yang menunjukan simbol kekuasaan pada masa itu.

Karya yang dihasilkan pada tahun 1764 ini bukan sekadar lakaran biasa. Ia dilukis di atas kertas menggunakan warna air dengan sapuan berus. Sentuhan warna air ini memberikan gambaran dan nostalgia, seolah-olah kita sendiri sedang berdiri di tepi kapal sambil mengintai kota Melaka dari jauh.

Lukisan ini bukan hanya karya seni tetapi juga sejarah visual yang penuh makna.

30 comments:

  1. Replies
    1. Kawasan ini menggambarkan muara Sungai Melaka, Bukit Melaka (Bukit St. Paul) dan Jonker Street yang ada sekarang. Inilah kawasannya.

      Delete
  2. Pelukis ini melakar suasana melalui mata dan hati.

    ReplyDelete
  3. cantik lukisannya...Melaka nampak maju, banyak bangunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Rumah-rumah tu di Jonker Street sekarang.

      Delete
  4. Ada kubu tu betul2 tepi pantai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Melaka sudah ada kubu, zaman Portugis pun ada. Zaman Belanda, mereka upgrade kubu Portugis.. Zaman British yang memusnahkan semua kubu (tembok).

      Delete
  5. Cantik lukisan tu . Ada maksud dan sejarah yang tersendiri

    ReplyDelete
  6. Tinggalan sejarah yang harus di jaga

    ReplyDelete
  7. Lukisan yang indah dan penuh cerita.
    Tetapi tersirat sejarah duka buat bangsa Melayu - penjajahan.

    Semoga ketika kita menatap lukisan ini, kita berfikir dan belajar sesuatu - semangat mahu memajukan dan mempertahankan tanah air tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Lukisan yang bersejarah bagi negeri yang penuh sejarah

      Delete
    2. Ya.. Lukisan yang bersejarah bagi negeri yang penuh sejarah

      Delete
  8. cantik sungguh lukisan orang lama...mereka belum ada lagi kamera yang canggih seperti sekarang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Ketelitiannya dapat digambarkan pada zaman sekarang.

      Delete
    2. Betul.. Ketelitiannya dapat digambarkan pada zaman sekarang.

      Delete
  9. Melaka tanah bersejarah bumi bertuah. Dalam buku sejarah sek rendah lg belajar ttg Melaka. X de belajar pun ttg sejarah kesultanan negeri lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesultanan Melayu di Tanah Melayu bermula di Melaka.

      Delete
  10. Bentengnya mengelilingi lautan 👍. Baguuus sangaaat yg membuat. Rasa kita dibawa mundur ratusan tahun silam melihat Melaka zaman dahulu 😍

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.