Pernahkah korang terbayang pemandangan Melaka pada tahun 1764, dari tengah laut? Menariknya, seorang pelukis Belanda bernama Jan Keldermans atau nama sebenarnya, Jan van Mansdale telah mengambarkan dalam satu lukisan yang bersejarah. Lukisan ini bertajuk Gezicht op Malakka vanaf zee dalam bahasa Belanda atau Pemandangan Melaka dari Laut. Lukisan ini membawa kembali ke zaman di mana Melaka berada di bawah pengaruh Belanda.
Lukisan ini menggambarkan suasana bandar pelabuhan yang tenang dengan deretan rumah, pokok-pokok hijau hijau dan pokok kelapa. Di tengah lukisan, ada sebuah perahu kecil berlayar dengan bendera Belanda berkibar, seolah-olah sedang dalam perjalanan ke kota yang megah ini. Di sebelah kanan, kelihatan sebuah kubu yang kukuh, juga dihiasi bendera Belanda yang berkibar tinggi yang menunjukan simbol kekuasaan pada masa itu.
Karya yang dihasilkan pada tahun 1764 ini bukan sekadar lakaran biasa. Ia dilukis di atas kertas menggunakan warna air dengan sapuan berus. Sentuhan warna air ini memberikan gambaran dan nostalgia, seolah-olah kita sendiri sedang berdiri di tepi kapal sambil mengintai kota Melaka dari jauh.
Lukisan ini bukan hanya karya seni tetapi juga sejarah visual yang penuh makna.
Betul, amat bersejarah
ReplyDeleteKawasan ini menggambarkan muara Sungai Melaka, Bukit Melaka (Bukit St. Paul) dan Jonker Street yang ada sekarang. Inilah kawasannya.
DeleteDi manakah lukisan ini berada sekarang?
ReplyDeleteTak pasti. Esok saya semakkan.
DeletePelukis ini melakar suasana melalui mata dan hati.
ReplyDeleteBegitulah..
DeleteCantik lukisannya.
ReplyDeleteYa.. Boleh tah9. Gambarannya serupa sekarang.
Delete*tahan
Deletecantik lukisannya...Melaka nampak maju, banyak bangunan..
ReplyDeleteYa.. Rumah-rumah tu di Jonker Street sekarang.
Deletelukisannya cantikkk.
ReplyDeleteYa benar
DeleteAda kubu tu betul2 tepi pantai kan?
ReplyDeleteZaman Melaka sudah ada kubu, zaman Portugis pun ada. Zaman Belanda, mereka upgrade kubu Portugis.. Zaman British yang memusnahkan semua kubu (tembok).
DeleteCantik lukisan tu . Ada maksud dan sejarah yang tersendiri
ReplyDeleteYa. Sebuah lukisan yang bersejarah.
Deletecantiknya lukisan tu.
ReplyDeleteYa.. Teliti.
DeleteTinggalan sejarah yang harus di jaga
ReplyDeleteYa.. Menjadi sumber rujukan masa kini.
DeleteLukisan yang indah dan penuh cerita.
ReplyDeleteTetapi tersirat sejarah duka buat bangsa Melayu - penjajahan.
Semoga ketika kita menatap lukisan ini, kita berfikir dan belajar sesuatu - semangat mahu memajukan dan mempertahankan tanah air tercinta.
Ya.. Lukisan yang bersejarah bagi negeri yang penuh sejarah
DeleteYa.. Lukisan yang bersejarah bagi negeri yang penuh sejarah
Deletecantik sungguh lukisan orang lama...mereka belum ada lagi kamera yang canggih seperti sekarang ini
ReplyDeleteBetul.. Ketelitiannya dapat digambarkan pada zaman sekarang.
DeleteBetul.. Ketelitiannya dapat digambarkan pada zaman sekarang.
DeleteMelaka tanah bersejarah bumi bertuah. Dalam buku sejarah sek rendah lg belajar ttg Melaka. X de belajar pun ttg sejarah kesultanan negeri lain...
ReplyDeleteKesultanan Melayu di Tanah Melayu bermula di Melaka.
DeleteBentengnya mengelilingi lautan 👍. Baguuus sangaaat yg membuat. Rasa kita dibawa mundur ratusan tahun silam melihat Melaka zaman dahulu 😍
ReplyDelete