Gambar ini diambil dari peta Eropah, Afrika dan Asia yang dilakarkan oleh seseorang yang tidak dikenali (anonymous) pada sekitar tahun 1614.
Di penjuru kanan atas peta ini memaparkan gambar seorang Ethiopia, Ghana, Parsi, Turki, Molukus, Jawa, penduduk Sumatera dan Melaka dan Cina.
Di bahagian bawah tengah terdapat tulisan: Tabula Geograph. in qua Europae, Africae Asiaeq et circulacentium insularum orae maritime accuratè describuntur et ad intelligentia navigationum Indicaru accommodantur.
Incolae Sumatra et Malacca bermaksud penduduk atau penghuni Sumatera dan Melaka. Aku tak pasti, adakah ini gambaran sebenar oleh pelukis peta ini? Sebab jika diamati dari aspek pakaian dan hiasan kepala, tidak sama seperti zaman sekarang mahupun zaman dahulu. Atau mungkin ini sekadar imiginasi pelukis.
Berkisar kepada mengapa penduduk Sumatera dan Melaka diletakkan bersama, mungkin kerana lokasi yang berdekatan. Atau mungkin juga kerana penulis masih menganggap Sumatera merupakan sebahagian daripada Melaka, kerana semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, Empayar Melaka merangkumi sebahagian wilayah di utara Sumatera.
Gambaran penduduk Melaka ini tak ubah seperti Gambaran orang Melaka oleh Jan Huygen van Linschoten. Namun, gambaran ini menimbulkan keraguan, kerana ia amat berbeza daripada gambaran yang telah dibuat oleh De Eredia (1613) yang mengambarkan orang Melaka memakai "head-band, vest, sarong and kris and hold a long spear" iaitu pengikat kepala, pakaian tanpa lengan, kain sarung dan keris dan memegang lembing.
Menarik! Nanti share lagi macam ni ya
ReplyDeleteInsya-Allah.. Saya cuba cari lagi segala maklumat berkaitan Melaka.
DeleteAda x dlm simpanan muzium gambar kawasan pokok yg parameswara bersandar tu ye? area mana kt melaka skrg?
ReplyDeleteRasanya takde gambar tu. Gambar yang dibuat pada zaman kini ada le.
DeleteAnak sy darjah 4 minat sgt part cerita parameswara duduk di pokok tu.. hahaha... skrg area tu kat mana yek
Deletesemoga org Melayu pd masa terebut lebih segak drp yg dilukiskan oleh penjajah berkenaan...
ReplyDeleteGambaran ni mungkin betul mungkin tak.
Deletemenarik ni. tq sharing ye.
ReplyDeleteSama²..
DeleteLukisan orang dulu2 banyak yang guna teknik cross hatch....
ReplyDeleteBegitulah gamaknya..
DeleteSemoga ada yang mengkaji tentang ni dan dapat hasilkan dapatan yang tepat.
ReplyDeleteSaya cuba cari lagi..
Deletemenarik juga dapat mentafsir dan menterjemah maksud daripada gambar...tahniah tuan
ReplyDeleteBelum boleh tahniah lagi.. Sekadar penulisan biasa je ni.
DeleteSaya pun agak confused lihat gambarnya. Sebenarnya mereka lihat secara langsung atau hanya gambaran di kepala. Krn beberapa gambar lama yg saya lihat di museum dan buku sejarah ttg orang zaman dulu di sumatera ataupun Jawa, tak seperti itu 😅
ReplyDeleteTapi gambaran oleh De Eredia hampir tepat. Dia lahir di Melaka, emaknya berbangsa Bugis dari Makassar.
DeleteSaya bayangkan org melaka zaman dulu2 pakai macam style orang kampung dlm citer mat kilau je
ReplyDeleteItulah.. Kena banyak mengkaji lagi nampaknya.
DeleteBanyaknya saya dapat info sejarah kalau datang ke sini. Bertambah ilmu pengetahuan terutama tentang sejarah Melaka.
ReplyDeleteTerima kasih Encik Fairus.
Sama².. Saya suka mencari fakta tentang Melaka zaman Dulu².
DeleteMenarik...sukabaca...thanks atas perkongsian
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteSeronok baca perkongsian begini. Gambaran yg mana satu lebih tepat agak-agaknya 😊
ReplyDeleteTerima kasih kerana seronok.. Hehe
Delete