Monday, November 18, 2024

Kopi dan Kek


Melangkah masuk ke Stadthuys Cafe, yang terletak di dalam bangunan Muzium Sejarah Melaka iaitu di bangunan Stadthuys membawa aku ke suasana yang penuh nostalgia. Ruangannya yang klasik dengan sentuhan kolonial membuatkan aku terasa seperti berada di zaman lampau, namun tetap selesa dan mesra. Bau harum kopi menyapa deria sebaik sahaja aku melangkah masuk. Suasana kafe ini memang tenang, sesuai untuk bersantai sambil menikmati hidangan ringan.

Kafe ni sebenarnya berada dekat saja dengan pejabat aku. Kalau aku toleh ke tingkap, kelihatan kafe ini di aras bawah pejabat aku.

Aku memesan secawan hazelnut coffee dan sepotong kek. Kopinya enak dengan aroma yang memikat, cukup untuk membuatkan aku menikmati keenakan di setiap hirupan. Manakala keknya, dengan gabungan rasa manis coklat yang lembut, benar-benar melengkapi situasi santai ini. Memang terasa seperti satu kombinasi sempurna untuk melupakan sejenak kesibukan bekerja.

Sambil menikmati kopi dan kek, dapat melihat para pelancong dari dalam dan luar negara turut melepak di kafe ini. Orang ramai boleh berkunjung ke kafe ini, bukan sekadar menikmati makanan dan minuman, tetapi juga menyerap suasana bersejarah Melaka. Bagi aku, ini adalah salah satu cara terbaik untuk menghargai keindahan dan warisan kita.

Tapi gambar ini bukan gambar hari ini. Ia berlaku pada beberapa minggu yang lalu. Cuma hari ni baru berkesempatan untuk membuat post di blog. 

Kalau sesiapa yang berkunjung ke Melaka, singgahlah ke kafe ini dan jangan lupa juga untuk melawat ke Muzium Sejarah Melaka. 

25 comments:

  1. Gandingan mantap kopi & kek. Ngam tu.

    ReplyDelete
  2. nak kena cuba lepas nie kafe nie..dah lama tak memanjat bukit

    ReplyDelete
  3. Layan kopi dan sepotong kek
    Dpt menyerap Suasana bersejarah Melaka lg
    Memang menarik ni

    ReplyDelete
  4. emm,,sedapnya, gabungan yg sgt menariks

    ReplyDelete
  5. Memang mantul ni, kopi dan kek serta pemandangan bandaraya bersejarah.

    ReplyDelete
  6. ni buat rasa nak ke Melaka tapi malas sebab jem..mungkin suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana² negeri pelancongan memang jem.. Biasa tu.

      Delete
  7. Salam kenal, done follow..
    My all time favorite, tapi masih belum pernah ke sini.. Next time bila ke Melaka tempat ni LZ letak dalam senarai. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. minum feeling2 "old money" yg heboh la ni ahakss

    ReplyDelete
  9. Sayang nya nak minum kopi cantik2 cam tu... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pasal ambil gambar buat kenang-kenangan. Hehe

      Delete
  10. Secangkir kopi, sepotong kek… santai 😊

    ReplyDelete
  11. Menyesal betuuuul tak mampir ke museum ini tahun lalu. Saya dan teman2 hanya berfoto di depannya saja 😅. Memang lah mesti balik ke Melaka lagi

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.