Sunday, November 10, 2024

Kelapa Pandan Belakang Rumah Berbuah Lagi

Alhamdulillah, sebatang pokok kelapa pandan yang aku tanam di belakang rumah kira-kira empat tahun lepas dah mula menunjukkan hasil. Masa mula-mula tanam tu, tak terfikir pun ia akan cepat berbuah, tapi sekarang dah masuk tandan keempat. Setiap kali berbuah, aku rasa macam satu kepuasan sebab apa yang kita usahakan sendiri, akhirnya menjadi.


Kelapa pandan ni memang istimewa, lain dari kelapa biasa. Airnya bukan saja banyak, tapi rasa dia manis dan wangi, cukup menyegarkan tekak. Ditambah lagi dengan isi yang lembut dan sedikit lemak, memang puas hati bila dapat buat air kelapa sendiri, tambah pula bila musim panas terik. Bila rasa kelapa ni, macam ada satu rasa homemade yang tak sama dengan kelapa beli.

Sekarang, aku nampak dah ada dua tandan lagi yang sedang berbuah dan makin membesar. Seronok betul tengok buah-buah kelapa ni bertambah satu persatu. Rasa seronok setiap kali tengok pokok ni berbuah. InsyaAllah, kalau terus membesar elok macam ni, mungkin tak lama lagi dah boleh petik lagi.

Bila ada pokok sendiri ni, terasa lagi nikmat rezeki dari alam. Dapatlah aku berkongsi dengan keluarga dan jiran-jiran buah kelapa pandan segar dari belakang rumah sendiri. Mudah-mudahan, pokok ni terus subur dan memberi rezeki buat kami sekeluarga.

32 comments:

  1. Semoga hasilnya terus berpanjangan dan melimpah ruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga-moga wak.. Rezeki datangnya dari Allah SWT.

      Delete
  2. Hasil tuaian pokok sendiri memang terasa lebih nikmat. Apa lagi kalau sampai boleh beri orang lain merasa, kita seronok, yang terima pun seronok.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah keluarkan hasil. musim panas rasa segar sikit badan bila minum air kelapa

    ReplyDelete
  4. Suatu masa dahulu kami ada juga menanam pokok kelapa di rumah yang kami sewa di Puchong. Sudah besar dan tinggi pokok-pokoknya hehe.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    4 tahun dah dpt hasilnya
    Tiada gangguan mesti menjadi
    Sebaya yg ciknur tanam kat kebun 2020 tp sayangnya pokok ciknur dah jahanamm dikerjakan. b*** huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dalam rumah.. Takde babi yang datang.. HIhi

      Delete
  6. Saya baru tahu ada kelapa pandan 😍👍. Pastilah senang jika apa yg kita tanam menghasilkan buah yang subur ❤️. Dan kelapa muda begini manfaatnya banyaaak sangat . Bagus memang utk kesehatan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat dah menuai hasil berbudi pada tanah

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... puas hati dapat hasilnya kan. Semoga pokoknya terus berhasil. Rezeki tanam sendiri. Air kelapa pandan memang sedap diminum. Kelapa premium ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Buat masa ni, sentiasa berbuah..

      Delete
  9. Alhamdulillah, bestnya dapat rasa buah dari tanaman kite sendiri..

    ReplyDelete
  10. masa kanak2 dulu selalu panjat pokok kelapa semasa ia rendah kerana nak petik buah yg muda.....bila dah besar kena jolok utk ambik buahnya. Bila dah tinggi melangit ku tunggu saja buah yg tua gugur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu depan rumah mak saya ada beberapa pokok kelapa yang tinggi. walaupun pokoknya condong, tapi tak berani naik sampai hujung.

      Delete
  11. Seronok kalau pokok yang kita tanam berbuahkan hasil .. tak sabar rasanya FM nak merasai air kelapa pandan fresh dari pokok ..

    Dekat rumah CCL pun ada dua pokok kelapa pandan ..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.