Monday, October 7, 2024

Tak Ada Idea



Ada masanya, aku rasa macam duduk depan laptop ni buat berat je, sebab tak tahu nak tulis apa. Jari kat keyboard, tapi otak kosong. Kadang rasa macam dah fikir banyak benda, tapi tak ada satu pun yang rasa betul-betul untuk dijadikan post. Macam hari ni, langsung blur, tak tahu nak mula kat mana.

Biasa kalau jadi macam ni, aku akan cuba buat benda lain dulu. Kadang-kadang membaca artikel di JSTOR, layan Facebook atau baca sikit-sikit blog orang lain. Tapi, tak semua hari ilham akan datang lepas buat semua tu. Hari ni, walaupun dah buat semua tu, aku tetap tak jumpa idea. Hmm, memang hari malas agaknya.

Tapi aku terima je lah, bukan setiap hari kita boleh dapat idea fresh. Ada hari yang memang otak nak off sekejap, bagi rehat. Jadi aku pun tulis je apa yang aku rasa sekarang ni, tak ada idea. Siapa tahu, mungkin nanti bila aku tak terlalu fikir sangat, idea tu datang dengan sendiri.

9 comments:

  1. Kan kdg2 tak ada idea
    Hadiah bukan utk umi
    Hadiah utk sahabat umi hehe. Kwn umi sy

    ReplyDelete
  2. so true..ada masa memang jam otak & x de idea..takpe..pelan2 je

    ReplyDelete
  3. itu biasa terjadi pada semua penulis blog...ala...apa susah..sekeliling awak ada je boleh dijadikan content, tempat makan best banyak kat Melaka, pasal beca ke...pasal melaka cruise ke..eh banyak la..paling senang bab makanan..try la..kita dah bagi idea ni..

    ReplyDelete
  4. Memang tak bisa dipaksa bang 😅. Saya pun walo banyaaaaak menyimpan draft, tp kalo mood menulis tak muncul, jangan harap bisa ditulis 🤣. Makin dipaksa, makin tak jalan yg ada. Let it flow ajalah, begitu idea dan mood datang, baru eksekusi dalam tulisan ☺️😁

    ReplyDelete
  5. In syaa Allah, datang juga idea untuk menulis.
    Orang kata kena banyak membaca, membaca dan membaca barulah menulis.

    ReplyDelete
  6. Gitu lah yang biasa terjadi kepada blogger. Nak cipta entri berkualiti bukan senang. Kadang makan minggu baru datang idea best.

    ReplyDelete
  7. Kena bertenang baru idea datang. Selalu sangat buka laptop tapi tak jadi juga kerja sebab tiada idea untuk menulis...

    ReplyDelete
  8. biasa la tu bila berlaku macam tu...yang penting nikmati saja dan jangan dipaksa

    ReplyDelete
  9. Memang tak boleh buat apa kalau otak jammed. Tak apa… take it easy 😊

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.