Monday, October 14, 2024

Persinggahan di Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka

Pagi tadi, sementara menunggu Ainnur Afiah yang tengah duduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM di MRSM Tun Ghafar Baba, aku sempat singgah di Laman Tiga Budaya, Asahan. Tempat ni memang istimewa sebab ia jadi titik pertemuan tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Jarak dari MRSM ke sini lebih kurang 20 kilometer je, jadi eloklah singgah sementara menunggu.

Laman Tiga Budaya, kelihatan Gunung Ledang di belakangnya

Suasana kat situ tenang dan aku dapat rehat sekejap sambil menikmati udara kampung di samping menikmati pemandangan kehijauan alam sekitar. Rasa macam lari kejap dari hiruk-pikuk. Laman Tiga Budaya ni mungkin tak terkenal sangat, tapi bagi aku, ia tempat yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan tentang geografi. 

Titik tengah antara tiga negeri 

Melaka, Negeri Sembilan dan Johor

Sambil duduk situ, fikiran aku melayang juga, teringat Ainnur yang tengah berjuang kat dewan ujian. Harap-harap ada rezeki dia untuk masuk MRSM nanti. Sebagai ayah, mestilah aku doakan yang terbaik untuk dia.

Kalau korang lalu Asahan, tak rugi singgah sini sekejap. Tempatnya tak besar, tapi cukup untuk rasa tenang sebelum sambung perjalanan. Satu lagi, bonusnya kat sini ialah dapat ambil gambar dekat tanda sempadan tiga negeri tu. 

12 comments:

  1. Kg. Asahan pun ada kat N Sembilan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle tanya saya terus Google. Ye ada Kg. Asahan di Negeri Sembilan.

      Delete
  2. Dapat menjejakkan kaki ke tiga negeri sekali gus.
    Mudah2an anaknya berjaya mendapat tempak ke MRSM kelak.

    ReplyDelete
  3. Moga yang terbaik buat anak dapat buat ujian tu dan seterusnya ada rezekinya di MRSM.

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya belajar hingga ke menara gading.

    ReplyDelete
  5. Kalau tak silap saya di sini ada basikal ke beca yang besar tu kan? Semoga Ainnur berjaya mendapat tempat belajar di MRSM nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Menariiik.. tiga titik sempadan sekaligus 👍. Harap2 saya bisa kesana juga.

    Semoga lancar urusan anak Abang, dan ainnur bisa lulus untuk belajar di mrsm nanti

    ReplyDelete
  7. menarik ni..kalau sesat lagi kesana boleh pi..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.