Baru-baru ini, aku berpeluang meluangkan masa ke Cameron Highlands dan pengalaman kali ini memang tak mengecewakan. Sebenarnya aku singgah di Cameron Highlands sehari sebelum ke Tingkat Valley.
Aku menginap di Hotel De'La Ferns dan terus terang, ia memang selesa. Biliknya luas, katil empuk dan yang paling penting sarapan paginya sedap. Pilihan makanan memang banyak dan paling best, layanan pelayan sangat ramah seperti dah kenal lama.
Seperti kebiasaan bila ke Cameron, aku tak lepaskan peluang melawat ladang teh. Hirupan udara segar dan pemandangan menghijau ladang teh sentiasa membuatkan aku rasa tenang. Memang tak lengkap kalau tak beli buah tangan, kan? Kali ni aku borong coklat, ubi manis dan macam-macam lagi untuk dibawa pulang.
Tak cukup dengan itu, aku singgah juga di Taman Agroteknologi MARDI. Seronok juga dapat tengok pelbagai jenis tanaman sambil menikmati keindahan flora yang terjaga rapi. Jadi, aku tangkap gambar bunga-bunga kat bawah ni bagi dijadikan modal untuk letakkan di dalam blog. Hehe.
Pendek kata, kunjungan ke Cameron Highlands kali ini memang berbaloi. Jalan pun tidak sesak kerana datang ketika weekday. Rehatkan minda sambil nikmati keindahan alam semula jadi. Tak sabar nak datang lagi untuk bawa keluarga pula.
Bestnya pegi time tak sesak ni kan
ReplyDeleteDpt jln dgn selesa
Memang tak jam langsung.
Deletecantik n segar flora di CH
ReplyDeleteSegar bugar..
DeleteOrang kalau kaki kamera... hasil dia pasti wow!
ReplyDeleteMaaf uncle, kaki saya masih kaki manusia bukan kaki kamera. Haha
DeleteBest. Untung dapat pergi ke ladang teh.
ReplyDeletePadahal dah lama tak pergi tu..
DeletePergi Cameron Highland tak sah kalau tak ke ladang teh kan. Untung pergi masa tak sesak. Jalan pun tak jem. Tak buang masa di jalan. Betul betul menikmati cuti macam tu.
ReplyDeleteYa betul.. Last sekali pergi masa arwah abah ada. Masa habis di atas jalan je. Jammed.
DeleteCameron Highland ini saya belum pergi lagi. Menyesal waktu itu tak jadi kesana. Nantilah, next ke Malaysia dan agak lama, saya masukkan ke ITIN utk visit CH . Memang sukaaaa sangat tempat2 yg sejuk dan hijau begini ❤️
ReplyDeleteWajib pergi untuk untuk merasai pengalaman yang menyegarkan.
DeleteTaman Agroteknologi MARDI ni yang SA dan suami tak jumpa masa pergi CH Honeymoon last year...nampaknya kena la repeat lagi sekali ni..hahahaha
ReplyDeleteOklah tempatnya.
Delete