Baru-baru ni, aku berkesempatan menginap di Tingkat Valley, Ipoh selama 2 hari 1 malam iaitu pada 9 hingga 10 Oktober 2024. Lokasi dia memang menarik, dikelilingi oleh kehijauan dan jauh dari kesibukan bandar. Memang sesuai sangat kalau nak lari sekejap dari rutin harian.
Penginapan di sini ala-ala glamping, gabungan kemudahan moden dengan suasana berkhemah. Terdapat aircond dan kipas. Siap ada katil yang selesa dan bilik mandi yang bersih. Tak perlu risau pasal cuaca, semuanya dah tersedia dengan baik. Tidur malam tu memang nyenyak betul, ditemani bunyi alam semula jadi.
Malamnya, kami buat BBQ. Ayam, ikan dan jagung semua dipanggang dengan sempurna. Sambil BBQ, boleh borak-borak dan nikmati suasana malam yang tenang. Memang santai habis, angin malam yang sejuk buatkan BBQ tu lagi syok.
Esoknya, kami disajikan dengan nasi lemak untuk sarapan. Nasi dia wangi, sambal pedas manis, memang ngam gabungan dengan telur rebus dan timun buatkan sarapan tu sempurna. Memang 'winning combo'. Selain itu terdapat menu lain seperti kuih muih, roti bakar dan sandwic.
Selepas sarapan, kami terus ke sungai yang tak jauh dari tempat penginapan. Air sungai dia sejuk dan jernih gila. Rasa segar bila mandi sambil tengok pemandangan hijau sekeliling. Kawan-kawan pun seronok main air. Memang best bila dapat hilangkan penat dengan cara ni.
Secara keseluruhan, Tingkat Valley memang destinasi ideal untuk bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan. Glamping yang selesa, makanan sedap, sungai jernih dan suasana semula jadi yang mendamaikan. Serius, aku rasa macam nak datang lagi.
Jom lihat dan hayati gambar-gambar penginapan Tingkat Valley di bawah.
|
Pintu masuk ke Tingkat Valley |
|
Selamat datang |
|
Suasana air sungai yang mendamaikan |
|
Terdapat titi yang boleh melihat suasana sungai dan alam sekitar yang hijau |
|
Tapak glamping |
|
Kolam untuk melihat ikan-ikan dan bermain sampan |
|
Permainan juga disediakan |
|
Kawasan permainan |
|
Tempat makan dan BBQ |
|
Cafe pun ada |
|
Tempat aku menginap |
|
Malam-malam banyak lampu yang menerangi kawasan, jangan risau |
Melihat air sungai yang mengalir di batu batan itu yang tahan!
ReplyDeleteMahunya berjam-jam saya duduk di situ menikmati deru air dan keindahan alam.
Memang aman dan damai.
DeleteCantik sangat. Teringin nak pergi satu hari nanti.
ReplyDeleteAdakah dibenarkan mancing kat situ?
Tak pasti pulak boleh mancing ke tidak..
DeleteMenarik sungguh ni. Siap sediakan makanan, barulah sesuai dengan tema glamping.
ReplyDeleteSarapan tu option.. Kalau taknak pakej pun tak mengapa. Masa BBQ tu, kami bawak sendiri. Sewa tempat memanggang dan arang je.
DeleteSejuk mata memandang
ReplyDeleteMemang mendamaikan.
DeleteBegitu cantik tempatnya. Port glamping yang menarik. Selain alam semulajadi yang cantik, banyak juga aktiviti yang boleh dibuat di sini. Seronok staycation.
ReplyDeleteBetul tu. Aman damai dan sejahtera menghayati keindahan alam semesta.
DeleteMemang menarik 😍 . Ada kolam ikan juga , best nya naik perahu di situ 👍
ReplyDeleteSekarang ini susah nak ketemu sungai berair jernih. Memang harus datang ke daerah pegunungan yg masih belum ramai dan terjaga alamnya.