Monday, October 21, 2024

Influenza oh Influenza

Sejak petang Jumaat lalu, aku terpaksa berhadapan dengan demam yang tidak berkesudahan. Sampai sekarang aku masih bercuti sakit. Mungkin ini influenza, sama seperti yang dialami isteri dan tiga anakku, yang kini sudah pun sembuh. Tinggal aku seorang yang masih bergelut dengan rasa tidak sihat ini.

Inilah ubat yang klinik bagi 

Badan terasa lemah dan selera makan pun hilang entah ke mana. Sudah beberapa hari aku tidak makan nasi, hanya mampu minum air. Memang tak best langsung. Rasa macam tubuh ini semakin susut dan semua aktiviti harian terasa berat.

Dalam masa yang sukar ini, aku semakin menghargai saat-saat sihat. Semoga demam ini cepat pergi supaya aku dapat kembali menjalani hidup dengan penuh tenaga dan seperti sedia kala. Doakan agar aku cepat sembuh. 

12 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, beransur pulih. Dah naik kerja pun.

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh..makan ubat, vitamin dan makan makanan berkhasiat

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh. dah kena influenza bulan september hari tu. dasyat penangan influenza.

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh dan sabar hadapi ujian tersebut....mungkin sekarang musim Influenza

    ReplyDelete
  5. dah pegi klinik ke? semoga cepat sembuh ye.. kata org influenza ni lg teruk sakitnya dpd covid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pergi.. Kena RM120.00.. Sebelum tu anak yang bongsu check di klinik juga, kena bayar RM380.00. hehe

      Delete
  6. Semoga saja saat saya baca ini, kondisi Abang sudah jauh membaik yaa . Memang lagi musim nampaknya influenza.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.