Dalam salah satu aktiviti mingguan Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin, aku berpeluang menjelajah kariah Batang Tiga, Melaka untuk mengagihkan sumbangan barang-barang keperluan kepada penduduk setempat. Semasa perjalanan, mataku terpukau dengan sebuah rumah kayu yang terletak di tengah-tengah kehijauan alam.
Rumah itu sudah kelihatan usang dengan dinding kayu asli, menyerlahkan aura tradisional yang begitu mendamaikan. Di sekelilingnya, pokok-pokok besar menghiasi lanskap, melindungi rumah dari terik matahari. Suasana di situ amat menenangkan. Bayu lembut meniup dedaunan pokok, menambahkan kesejukan yang terasa hingga ke dalam jiwa.
Melangkah lebih dekat, aku dapat merasakan betapa aman dan tenteramnya kawasan ini. Jauh dari hiruk-pikuk bandar, rumah kampung ini seolah-olah menyimpan kenangan dan ketenangan hidup orang dulu-dulu. Udara bersih, bunyi alam yang mengiringi, semuanya mencipta suasana yang begitu harmoni.
Pengalaman ini mengingatkan aku akan pentingnya menjaga dan memelihara rumah-rumah tradisional serta nilai-nilai kehidupan di kampung. Sesungguhnya, rumah kayu seperti ini bukan sahaja mengekalkan warisan, malah menjadi lambang ketenangan yang sukar didapati di mana-mana tempat lain.
Kembara di kariah Batang Tiga tidak hanya memberi peluang untuk membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya yang masih terpelihara.
Bagusnya masih kekal ada rumah tradisional. Banyak di kampung-kampung dah mula bina rumah batu. Mungkin sebab rumah kayu lama tak utuh lagi. Suka tengok rumah tradisional di kampung. Cantik seni bina orang lama-lama. Memang tenang dan damai suasananya kan.
ReplyDeleteRumah kampung macam ni memang best. Tenang je tengok. Pasti tersimpan 1001 kenangan buat penghuninya suatu ketika dulu.
ReplyDeleteRumah2 kayu tradisional dah banyak yang berubah wajah
ReplyDeleteRumah kayu negini memqng sedap duduk...saya boleh diam rumah seperti itu kerana inginkan suasana kampung dan tradisional
ReplyDeleteDah jaraaang sangat rumah begini. Kalo pun ada memang harus jauh masuk ke dalam pedesaan biasanya. Saya pun suka. Krn hawa dalam rumah kayu biasanya sejuuuk, tak panas. Kayu ini punya sifat mendinginkan di kala panas, tapi hangat di saat dingin
ReplyDeleteRumah siapa agaknya..masih kukuh tegak macam tu...SA suka suasana macam ni sebab dulu rumah kampung rumah kayu...
ReplyDelete