Alhamdulilah. Penantian 4 tahun membuahkan hasil. Buah cempedak yang ditanam di belakang rumah pada tahun 2020 telah berbuah sulung. Hanya sebiji saja yang menjadi. Tak pasti pula kenapa hanya sebiji saja yang berbuah. Ada kawan maklumkan, buah sulung biasanya memang akan berbuah sebiji.
Apa-apapun, tak sabar nak melihatnya matang dan sedia untuk dimakan. Buat cempedak goreng pun sedap ni. Harap-harap banyak isi di dalamnya. Buahnya comel je ni, tak besar mana.
Rezeki tu nampak elok buahnya. Takde kera ok la dapat merasa buah sulung. Sedap goreng.
ReplyDeleteBiasa dengar buah cempedak di luar pagar. Kalini dalam pagar. Alhamdulillah...Rezeki dapat merasa buah sulung. Ooo baru tahu kalau buah sulung sebiji je.
ReplyDeleteKena timba ilmu dengan Wak Warisan Petani macam mana nak dapat buah banyak, hihi. Nanti kongsi lepas cempedak masak. Tapi tak silap, wak kata, kalau buah dah matang boleh tuai, jangan biar dia masak kat pokok nanti jatuh dan rosak buahnya.
ReplyDelete4 tahun bukan sekejap tu!
ReplyDeleteRasanya dah boleh tuai ni
ReplyDelete