Saturday, August 24, 2024

Kuratorial



Kuratorial merujuk kepada proses pemilihan, penyusunan dan penyampaian artifak karya seni atau bahan-bahan pameran dalam sesebuah galeri, muzium atau ruang pameran. Seorang Kurator/ Penolong Kurator bertanggungjawab untuk merancang dan mengatur pameran dengan mengambil kira tema, naratif dan lain-lain. 

Mereka juga perlu memastikan setiap artifak, karya seni atau bahan pameran dipersembahkan dengan cara yang dapat memberi impak maksima kepada penonton, di samping menjaga nilai estetik dan intelektual bahan tersebut.

Tugas kuratorial melibatkan kajian mendalam terhadap artifak, karya-karya seni dan bahan pameran yang akan dipamerkan dan membuat keputusan tentang cara terbaik untuk menyusun pameran agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan mudah difahami. 

Kuratorial juga melibatkan penyediaan teks pameran, katalog dan program berkaitan yang dapat membantu pengunjung memahami konteks serta kepentingan bahan yang dipamerkan.

4 comments:

  1. Dulu menjadi kurator muzium adalah cita2 saya hehe

    ReplyDelete
  2. thank you share info ni... sy kan bila masuk borneo museum di sini sy terfikir mcm mana la org keja muzium ni maintain artifak dlm cermin kaca tu... tambah² lg kalau di borneo museum tu ada yg brg lama yg mmg 'ada penunggu' mesti seram bila waktu malam

    ReplyDelete
  3. Pernah baca ttg tugas para kurator ini. Sebenarnya untuk menjadi kurator apa ada sekolah khusus bang? Atau kalo nak masuk uni, jurusan apa yg sesuai?

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.