Friday, May 17, 2024

Burung Hantu di Sebelah Rumah

Pulang dari kerja semalam, aku berehat di belakang rumah. Aku memang gemar duduk di belakang rumah sambil memerhati dan membelek-belek pokok tumbuh-tumbuhan yang ditanam.

Di belakang rumah terdapat pokok pisang, kelapa pandan, jambu air, cempedak dan bunga kantan. Melihat semua pokok telah dan sedang membuahkan hasil, terasa berbaloi bercucuk tanam.

Sedang duduk-duduk, terlihat pula seekor burung hantu yang bertenggek atas dahan pokok ceri di belakang rumah jiran sebelah. Rumah jiran di sebelah kiri sudah dimiliki tetapi tidak pernah diduduki. Dulu pernah juga tuannya membersihkan rumahnya, tapi sekarang sudah lama tidak berkemas. 

Hadapan dan belakang rumah sudah bersemak. Rumput dan pokok-pokok liar sudah meninggi sehingga ada yang melepasi tembok rumah aku. Sudah menjadi tugas aku mencantas ranting-ranting pokok yang melepasi pagar aku. 

Berbalik pada kisah burung hantu. Aku mengambil peluang merakamkan gambar dan video burung tersebut. Agak lama juga dapat aku merakamkan gambar dan video. Aku lekapkan telefon di tembok sambil menjulur kamera telefon. 

Burung tu pun tidak lari walaupun jarak antara kami tidak jauh. Jadi aku dapat merakamkan beberapa gambar untuk dijadikan modal untuk muat naik ke Facebook dan Blog. Jadi inilah hasil tangkapan gambar burung hantu itu. 











2 comments:

  1. Comel! Walaupun namanya ada 'hantu' tp sy mmg suka burung ni.. comel sbb dia mcm eksen-eksen gitu.. eksen muka sombong tp itu yg buat dia comel

    ReplyDelete
  2. rupa burung hantu menyeramkan ...sesuai dengan namanya juga...memang rezeki bro tangkap gambar burung hantu tu...burung yang rare juga tu

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.