Sunday, April 7, 2024

Ubi Kayu Pengganti Nasi



Memang tak dinafikan bahawa ubi kayu sedap dimakan. Ubi kayu jika direbus dicicah dengan sambal tumis atau kelapa parut memang lazat. Makanan tradisi ini memang disukai oleh generasi terdahulu dan juga generasi kini.
Jika diimbau kembali di zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, orang-orang dahulu memang kekurangan beras dan terpaksa memakan ubi kayu untuk kelangsungan hidup. Itu dahulu, masa zaman sukar. 

Kini, beras ada di sana sini. Cuma harganya yang berbeza. Ada yang mahal, ada yang murah ikut gred dan jenis beras seperti beras tempatan, beras import, basmati dan lain-lain.

Nasi sudah menjadi makanan ruji rakyat Malaysia. Jika hendak ditukarkan kepada makan ubi kayu untuk mendapatkan karbohidrat agak sukar kerana ia sudah lama sebati dalam diri masyarakat. Bukan sahaja orang Melayu, kaum Cina dan India juga memakan nasi.

Aku secara peribadi, suka juga memakan ubi kayu rebus. Tapi bukan sebagai makanan utama, sekadar makanan minum petang. Bolehlah menjamah 2,3 ketul. Tak boleh lebih-lebih, nanti angin satu badan. Asyik sendawa saja nanti. Nasib tak baik boleh tangkap di kepala. Berat saja kepala.

Jadi, bukan semua orang boleh makan ubi kayu. Lebih-lebih lagi jika nak dijadikan makanan ruji. Kalian bagaimana? 

7 comments:

  1. Ayam sekarang pun dah tak mahu makan ubi kayu

    ReplyDelete
  2. Isu hangat sekarang ni. Betul tu, sekadar untuk makan petang tu okay lagilah. Tak semua orang boleh makan ubi kayu.

    ReplyDelete
  3. Ubi kayu nak tanam pun.. Amik masa juga baru jadi.. Lepas tu, tak boleh disimpan lama... Haisyh, kdg2 rasa nak marah je dengan cadangan2 yang dikeluarkan.. Tak membantu lansung..

    ReplyDelete
  4. SA x leh makan ubi kayu, angin dan boleh bawak ke semput...

    ReplyDelete
  5. ubi kayu kalau di sini, pelbagai masakan boleh dhasilkan... nikmat yg teramat..

    ReplyDelete
  6. setuju ! zaman dah bertukar and tak semua orang boleh adapt ubi kayu. nice sharing here !

    ReplyDelete
  7. Saya makan nasi singkong (ubi kayu bang). Warnanya kecoklatan, bentuknya macam beras, tapi terbuat dari singkong. Jadi sbnrnya macam makan nasi biasa, hanya saja dr singkong bukan dr padi. Enak sih, dan cara masak pun sama pakai rice cooker. Cuma memang harga dia lebih mahal drpd nasi putih. Krn tak banyak yg produksi kan.

    So far saya suka, dan tetap bikin bertenaga. Lalu ini juga bagus Krn tak tinggi kadar gula nya

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.