Tuesday, April 23, 2024

Telur Masak Kicap Air Tangan Suami Misali

Alkisah semalam semasa kerja tak sempat makan tengah hari. Perlu ambil anak balik sekolah. Seorang balik 1.00 tengah hari. Seorang lagi balik jam 1.40 petang. Jadi, tak sempat nak makan tengah hari. Perut pun tak berapa lapar sangat masa tu.

Balik dari kerja, orang rumah belum sampai lagi. Perlu tunggu anak yang seorang lagi latihan bola di Akademi Tunas Melaka Tengah. Biasanya selepas margrib baru sampai rumah. Jadi, aku perlu membuat sesuatu untuk mengisi kekosongan di perut. 

Sampai sahaja rumah, aku menyingsing lengan baju. Capai dua biji telur ayam, sebiji bawang besar, setangkai cili merah, dua tangkai cili padi, sebiji limau kasturi dan sebotol kicap manis. Maka terhasillah telur masak kicap. 

Telur masak kicap 


Ini sahaja lauknya. Tapi memang sedap dan menyelerakan. Iyalah, perut sedang lapar, makan apapun amat menyelerakan. Namun, kalau ada sambal lagi bertambah sedap. Lihat sahaja kejadian selepas makan, sampai licin dibuatnya. 😊

Sampai licin dibuatnya


15 comments:

  1. telur dan kicap memang xtahan lama, habis.. licin.. kalau nasib x baik licin dgn periuk2 nya sekali :D

    ReplyDelete
  2. Kalau tengah lapar, letaklah apapun, pasti licin. Tapi, mmg tak boleh dinafikan la kesedapan telur masak kicap ni kan.

    ReplyDelete
  3. Nak tu x...ni la lauk Fav suami SA...dapat ni hari2 pun x pe...

    ReplyDelete
  4. Memang nampak sedap tu 👏
    Tapi kena masak lagi, bagi orang rumah rasa air tangan suami 😁

    ReplyDelete
  5. Menu telur dan kicap jarang tak best. 😁

    ReplyDelete
  6. wow air tgn suami mithali
    untung si isteri he hee menu telur feberett suami
    anak2 kalu kicap suka jga

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Lauk begini memang menyelerakan sampai licin pinggan!

    ReplyDelete
  8. apa2 berasaskan telur mmg sedap. rmh saya sebulan 2-3 set telur

    ReplyDelete
  9. Wah makan licin tu . Kadang kekangan masa menu sesimple macam ni la jadi pilihan , tambah pula perut lapar . Semua jadi sedap

    ReplyDelete
  10. Kalau uncle dah buat doodle ngan jari dah kat pinggan kosong tu 😂

    ReplyDelete
  11. Wak pun tak reti jemu ngadap telur
    Setiap hari sarapan telur

    ReplyDelete
  12. org lelaki ni sesekali masak sedap kejadiannya

    ReplyDelete
  13. Tudiaaa licin pinggan. Perut bila dah lapar, semuanya pun sedap. Tapi lauk ni memang sedap pun. Tengok rupa paras dia memang membangkit selera makan.

    ReplyDelete
  14. Okaaaaay, besok saya tak nak masak complicated. Masak telur kecap macam nih sajaaa 🤣😄. Sedaap

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.