Alkisah semalam semasa kerja tak sempat makan tengah hari. Perlu ambil anak balik sekolah. Seorang balik 1.00 tengah hari. Seorang lagi balik jam 1.40 petang. Jadi, tak sempat nak makan tengah hari. Perut pun tak berapa lapar sangat masa tu.
Balik dari kerja, orang rumah belum sampai lagi. Perlu tunggu anak yang seorang lagi latihan bola di Akademi Tunas Melaka Tengah. Biasanya selepas margrib baru sampai rumah. Jadi, aku perlu membuat sesuatu untuk mengisi kekosongan di perut.
Sampai sahaja rumah, aku menyingsing lengan baju. Capai dua biji telur ayam, sebiji bawang besar, setangkai cili merah, dua tangkai cili padi, sebiji limau kasturi dan sebotol kicap manis. Maka terhasillah telur masak kicap.
Ini sahaja lauknya. Tapi memang sedap dan menyelerakan. Iyalah, perut sedang lapar, makan apapun amat menyelerakan. Namun, kalau ada sambal lagi bertambah sedap. Lihat sahaja kejadian selepas makan, sampai licin dibuatnya. 😊
Sampai licin dibuatnya |
telur dan kicap memang xtahan lama, habis.. licin.. kalau nasib x baik licin dgn periuk2 nya sekali :D
ReplyDeleteKalau tengah lapar, letaklah apapun, pasti licin. Tapi, mmg tak boleh dinafikan la kesedapan telur masak kicap ni kan.
ReplyDeleteNak tu x...ni la lauk Fav suami SA...dapat ni hari2 pun x pe...
ReplyDeleteMemang nampak sedap tu 👏
ReplyDeleteTapi kena masak lagi, bagi orang rumah rasa air tangan suami 😁
Menu telur dan kicap jarang tak best. 😁
ReplyDeleteSedap
ReplyDeletewow air tgn suami mithali
ReplyDeleteuntung si isteri he hee menu telur feberett suami
anak2 kalu kicap suka jga
Alhamdulillah. Lauk begini memang menyelerakan sampai licin pinggan!
ReplyDeleteapa2 berasaskan telur mmg sedap. rmh saya sebulan 2-3 set telur
ReplyDeleteWah makan licin tu . Kadang kekangan masa menu sesimple macam ni la jadi pilihan , tambah pula perut lapar . Semua jadi sedap
ReplyDeleteKalau uncle dah buat doodle ngan jari dah kat pinggan kosong tu 😂
ReplyDeleteWak pun tak reti jemu ngadap telur
ReplyDeleteSetiap hari sarapan telur
org lelaki ni sesekali masak sedap kejadiannya
ReplyDeleteTudiaaa licin pinggan. Perut bila dah lapar, semuanya pun sedap. Tapi lauk ni memang sedap pun. Tengok rupa paras dia memang membangkit selera makan.
ReplyDeleteOkaaaaay, besok saya tak nak masak complicated. Masak telur kecap macam nih sajaaa 🤣😄. Sedaap
ReplyDelete