Muhammad Firas Faiq bin Fairus |
Bulan Januari 2024 yang lalu aku telah membawa anakku Muhammad Firas Faiq untuk menyertai pemilihan Akademi Tunas Melaka Tengah bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (National Football Development Programme - NFDP). Pemilihan berlangsung di Padang 10 MAFA di Krubong, Melaka.
Ikutkan hati, aku taknak hantar anakku menghadiri pemilihan, kerana ketiadaan masa untuk melayan sekiranya dia terpilih nanti. Sekiranya terpilih, jadual latihan berlangsung pada hari bekerja. Tiga hari iaitu Isnin, Rabu dan Khamis. Waktu bermula pula jam 5.00 petang.
Aku memang tak mempunyai masa kerana balik kerja jam 5.00 petang. Jarak tempat latihan juga agak jauh. Jika perlu aku hantar, mungkin jam 6.00 baru sampai ke padang latihan.
Namun, isteriku memutuskan bahawa dia akan uruskan semua sekiranya terpilih. Dia boleh balik awal 4.30 petang dan terus hantar anak ke padang latihan. Jadi, jika sudah begitu, aku membenarkan anakku pergi mengikuti pemilihan tersebut.
Nak dijadikan cerita pada 27 Januari 2024 keputusan telah dibuat dan anakku Muhammad Firas Faiq antara yang terpilih sebagai pelatih Akademi Tunas Melaka Tengah bagi bawah 9 tahun.
Maka bermulalah episod melayan seorang ni
pergi balik, pergi balik menjalani latihan bola. Itu semua diuruskan oleh isteri aku. Jika ada perlawanan persahabatan yang diadakan pada hujung minggu, barulah aku dapat meluangkan masa untuk menghantarnya ke padang.
Dia pun memang minat bermain bola sepak. Moga suatu hari nanti dapat menjadi pemain bola sepak profesional seperti sepupunya. Seorang lagi sepupunya pun telah dapat masuk ke Akademi Mokhtar Dahari. Moga dia dapat mengikuti jejak langkah sepupu-sepupunya.
Walaupun masih berusia 9 tahun, memang aku perasan bakatnya. Aku masa berumur 9 Tahun pun masih tak nampak bakat aku bermain bola, sekadar main suka-suka sahaja. Tapi si dia ni, nampak akan kebolehannya.
Dia bermain di posisi penyerang. Sekiranya ada perlawanan persahabatan, nampak kekesalan dalam dirinya jika tidak dapat menjaringkan gol. Ada kalanya sampai mengamuk dan menangis kerana kecewa.
Entahlah, sudah jadi bapa ni perlulah hadapi semua ini. Layan kan saja minat anak-anak. 5 orang anak, 5 jenis perangai. 😅😅😅
Dulu bakat dia benar-benar aku nampak semasa pada kejohanan INI.
Alhamdulillah, semoga terus sukses dalam bidang bola sepak...Linda pun ada anak sorang yg nampak minat ke bola sepak..tp, x tahu mana cabang nak pergi, tambah pulak kekangan masa
ReplyDeleteBagus ayahnya. Peka dengan minat anak. Semoga Firas jadi pemain bola sepak pro suatu hari nanti.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah..semoga cemerlang akademik & sukan...ikut jejak sepupu2...wahh, ada yg jd pemain professional....
ReplyDeleteUishhh hebat tu bukan bishe bishe.. posisi penyerang.. padu jugak tu.. semoga terus maju kehadapan
ReplyDeleteLayankan je minat anak-anak. Tahniah Firas faiq terpilih. Semoga terus maju dalam sukan bolasepak yang diminati. Mana tahu nanti bakal jadi striker handalan negara.
ReplyDeleteIyalah bang, kalo memang bakat dia dah keliatan sejak dini, sebagai orangtua hanya bisa support kan. Supaya makin terasah juga skill nya. Congrats utk Firas sudah terpilih. Masih kecil, emosinya belum bisa terlalu dikontrol. Tapi lama2 pasti bisa lah tuh apalagi kalo dah makin banyak ikut pertandingan kan
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tahniah firas terpilih.moga sukses selalu
ReplyDeletetahniah faris..
ReplyDeleteTahniah Firas...moga suatu hari nanti jadi bintang bola sepak negara yang bantu mengharumkan nama keluarga
ReplyDelete