Sunday, March 17, 2024

Boikot KK Mart

Boikot KK Mart!!! 


"Jika diam saat agamamu dihina, 
gantilah bajumu dengan kain kafan."
- Hamka

Begitu mudah zaman sekarang, lakukan kesalahan dan minta maaf. Andai kesalahan yang kecil boleh ditolak ansur lagi, ini tidak, memain dan mempersendakan agama Islam. Satu kesalahan yang amat-amat serius.

Sampai hati mereka menjual stoking yang memaparkan kalimah Allah SWT. Ya, sebenarnya mereka memang sampai hati untuk memperlekehkan Allah SWT dan Islam. Dan mereka akan terus menerus melakukan sebegini. 

Imam Ibn Battal berkata :

“Berurusan dengan orang kafir dibolehkan, kecuali menjual apa yang boleh membantu mereka untuk memerangi orang Islam."

Justeru, tidak salah untuk kita berjual beli dengan orang bukan Islam, tetapi apabila sudah terang-terangan mereka mempersendakan Islam, wajar kita sebagai umat Islam memboikot mereka.

Jom beramai-ramai kita boikot KK Mart. Biar mereka tahu akan kuasa pembeli. Boikot dan istiqomah. 

10 comments:

  1. Kan, sebelum ni memang saya tak pernah beli apa2 dari mereka, tapi kali ni memang selamanyalah.

    ReplyDelete
  2. saya sokong untuk boikot KK mart.

    ReplyDelete
  3. Takkan lah tak perasan kan. Memang tak pernah masuk sini.

    ReplyDelete
  4. sekbaik ciknur x beli kat KK ni, sgt2 jarang. ada sekali 2 je kot dulu

    ReplyDelete
  5. moga kita semua dapat boikot kk mart sampai bankrap . maruah islam diletakkan di kaki sebegitu rupa , geramnnya . mujur kat perlis tak ada cawangan kk mart

    ReplyDelete
  6. pendapat mama, perlu juga cari siapa yg supply barang tu dan boikot besar-besaran. kalau sumbernya kita kenalpasti baru boleh selesai masalah

    ReplyDelete
  7. kilang mana yang buat ye? teruk betul sampai macam tu nak hina agama Islam

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah sudah boikot dan insyallah istiqomah dah.. tak akan ke KK Mart lagi .

    ReplyDelete
  9. Awalnya saya tak tahu case ini. Tapi Krn beberapa teman blogger menulis ttg itu, saya coba browsing. Dan paham sekarang.

    Tak paham kenapa lah Agama disendaguraukan. Kalo saya ingat2, tiap kali ke Malaysia saya memang tak pernah belanja di KK mart. Biasanya belanja di tempat lain. Jadi setelah tahu case ini, confirm tak akan beli2 di sana

    ReplyDelete
  10. kat trg xde kk mart.. maka kami xpernah berbagi duit dgn mereka.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.