Friday, March 29, 2024

11 Tempat Menarik di Berlin Untuk Dilawati

Pada 5 hingga 7 Mac 2024 lalu aku telah diarahkan untuk ke Berlin, Jerman mengikuti International Tourismus Borse (ITB) di Messe, Berlin. ITB merupakan sebuah expo perdagangan antarabangsa yang melibatkan peserta hampir seluruh dunia dan ia merupakan pameran perdagangan industri pelancongan terbesar di dunia. ITB mula diperkenalkan sejak tahun 1966. 

Konsep expo ini ialah business to business (B to B) di mana pemain-pemain industri pelancongan seperti agensi kembara, hotel, produk pelancongan dan lain-lain berkaitan pelancongan akan bertemu untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalinkan hubungan kerjasama. 



Aku bertolak dari KLIA pada 3 Mac 2024 dan singgah transit ke Doha, Qatar. Kemudian meneruskan perjalanan ke Berlin, Jerman di mana tiba di sana pada 4 Mac 2024. 5 hingga 7 Mac, expo berlangsung dan pada 8 Mac merupakan aktiviti bebas. Aktiviti bebas ini aku gunakan untuk mengunjungi tempat-tempat yang menarik di Berlin, Jerman. 

Aku tidak mahu untuk bercerita lebih lanjut mengenai ITB, cuma aku ingin menumpukan kepada tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Berlin, Jerman. 

1. Victory Column

Victory Column (Menara Kemenangan) direka oleh Johann Heinrich Strack. Pembinaan bermula pada 1865 dan mengambil masa lapan tahun. Patung bersayap Dewi Victoria yang terletak di puncak menara direka oleh Friedrich Drake. Monumen ini bertujuan untuk memperingati kemenangan Jerman menentang Denmark, Austria dan Perancis antara tahun 1864 dan 1871.




2. Checkpoint Charlie

Terletak di sudut Friedrichstraße dan Zimmerstraße, ia sebagai tugu peringatan kepada kawalan sempadan dahulu semasa Perang Dingin. Ia merupakan salah satu pos pemeriksaan antara Berlin Timur dan Barat. Penghalang dan pondok pemeriksaan, bendera dan guni pasir semuanya berada di tapak asal. 


3. Brandenburg Gate

Merupakan monumen yang paling penting, Brandenburg Gate dulunya merupakan peringatan pemisahan selepas pembinaan Tembok Berlin. Ia terletak di kawasan larangan yang tidak boleh dilawati oleh penduduk Jerman Timur dan Barat. Selepas runtuhnya Tembok, pintu gerbang ini menjadi simbol perpaduan Jerman. 




4. Berlin Cathedral

Juga dikenali sebagai Berliner Dom, merupakan sebuah bangunan gereja yang terkenal di Berlin, Jerman. Ia telah dibina pada abad ke-15 sebagai gereja kecil, tetapi kemudian direkabentuk pada abad ke-19 oleh arkitek Karl Friedrich Schinkel. Gereja ini menjadi simbol penting bagi agama Kristian di Berlin. Sejarahnya dipenuhi dengan peristiwa penting termasuk perubahan politik dan budaya semasa Zaman Nazi dan Perang Dunia Kedua. Kini Berlin Cathedral menjadi mercu tanda penting di kota Berlin dan menjadi destinasi pelancongan yang popular. 





5. Berlin Arts Market

Merupakan tempat yang bersejarah dalam seni dan budaya Berlin. Ia bermula pada abad ke-19 sebagai tempat di mana seniman-seniman menjual hasil seni mereka kepada penduduk setempat dan pelancong. Sejak itu, ia telah berkembang menjadi destinasi penting bagi seniman tempatan dan antarabangsa untuk memperoleh, mempamerkan dan menjual karya seni mereka.




6. Memorial to the Murdered of Jew in Europe

Memorial ini juga dikenali sebagai Memorial Holocaust. Merupakan sebuah monumen yang didedikasikan untuk mengingati jutaan orang Yahudi yang terbunuh semasa Holocaust semasa Perang Dunia Kedua. Ia terletak di Berlin, Jerman dan dirancang pembinaannya oleh arkitek bernama Peter Eisenman.


7. Alte National Galerie

Muzium ini merupakan sebahagian daripada Museumsinsel (Pulau Muzium) dan merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO. Di dalam Galeri dipamerkan lukisan dan arca patung dari abad ke-19. Bangunannya sendiri kelihatan seperti sebuah kuil kuno yang dibina dalam gaya klasik Prusia.







8. Neues Museum

Muzium ini dibina oleh seorang arkitek klasik bernama Friedrich August Stuler pada abad ke-19 dan awalnya direka sebagai sambungan kepada Alte Museum. Muzium itu ditutup kepada orang ramai semasa Perang Dunia Kedua dan bangunannya terjejas teruk semasa pengeboman Berlin. Selepas perang berakhir, keadaan bangunan yang rosak menyebabkan muzium itu ditutup. Pada tahun 2003 pembinaan semula bermula di bawah pengawasan arkitek terkenal dari Britain iaitu David Chipperfield.




9. Altes Museum

Sebagai ikon senibina Neo-klasik, Muzium Altes benar-benar mengagumkan. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1830 dengan dilengkapi tiang monumen, atrium yang luas dan rotunda yang dilapisi dengan patung-patung antik menyerupai Pantheon di Rome. Muzium ini awalnya bertujuan untuk menyimpan koleksi seni keluarga diraja Prusia. 



10. Designer Outlet Berlin

Pusat membeli belah ini terletak di luar bandar Berlin. Terdapat jualan jenama-jenama terkenal. Konsep pusat membeli belah ini adalah sama seperti Melaka Premium Outlet (MPO), Johor Premium Outlet (JPO) dan lain-lain outlet seumpamanya. 





11. Tembok Berlin

Tembok Berlin didirikan sepanjang 155 kilometer telah memisahkan tengah pusat bandar, mengelilingi Berlin Barat dari 13 Ogos 1961 hingga 9 November 1989. Tembok ini direka untuk menghalang orang daripada melarikan diri ke Barat dari Berlin Timur. Pada tahun 1961, SED mula menambah halangan kepada sempadan dengan memperluas tembok menjadi sistem penghalang pelbagai lapisan. Di Barat, jalur sempadan itu dirujuk sebagai "jalur kematian" kerana begitu ramai orang terbunuh di sana semasa cuba melarikan diri. Pada tahun 1989, Dinding yang SED gunakan begitu lama untuk mengekalkan kuasanya di GD telah runtuh. Dengan runtuhnya tembok ini, kezaliman terhadap rakyat telah berakhir. 





Ini sahaja yang boleh aku kongsikan buat kali ini. Ikutkan, banyak lagi tempat yang menarik di Berlin. Buat masa ini, cukuplah 11 tempat menarik ini sahaja. Jika berkelapangan lagi, aku kongsikan lagi yang lain-lain. Banyak lagi gambar-gambar semasa di Berlin aku simpan dalam telefon bimbit. 

Oh ya.. Di Berlin usah khuatir tentang makanan. Banyak restoran atau kedai makan halal di sana. Difahamkan di sini banyak orang berketurunan Turkeye yang menetap di sini.

Seperti bermimpi dapat jejakkan kaki ke negara Eropah


9 comments:

  1. Terima kasih share. Tempat tempat yang menarik. Hasil tangkapan gambarnya pun cantik. Seronok dapat pergi berjalan² di negara orang. Atas urusan kerja pun seronok juga. Satu pengalaman yang best. Bukan senang nak jejak sana kan.

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat tak pernah Google foto2 menarik.. Linda bayangkan tembok berlin tu masih mcm tembok china.. Kikiki..
    Mekasih share gambar2 nya... Lawa sungguh.. Kagum dengan kesenian zaman dulu2

    ReplyDelete
  3. Saya hanya kenal Berlin dalam buku sejarah dan bro susah jejak kaki ke sana...ini merupakan rezeki yang cukup besar

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat pergi ke sana. Satu pengalaman yang menarik tu 🥰.

    ReplyDelete
  5. Wah! Jauh bertugas kali ni....

    Jumpa kumpulan scorpions tak?

    ReplyDelete
  6. Yes! respect the world heritage...

    ReplyDelete
  7. Bestnyer
    Wak jangankan Berlin, Beruas pun belum pernah jejak

    ReplyDelete
  8. cantik binaannya.. lukisan dinding tu walaupun nampak simple tapi tetap cantik..

    diorang bayka patung berbentuk tugu yer..

    ReplyDelete
  9. Banyak museumnya yang saya belum datangi. Memang harus balik lagi kesana rasanya 😄.

    Kalo makanan, memang tak susah mencari yg halal. Dulu pun saya dan suami sering makan di restoran Lebanon yg sedaap sangat dagingnya 🤤❤️

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.