Friday, February 16, 2024

Murid RMT Nikmati Makanan di Tepi Longkang

Gambar sekadar hiasan 


Mengimbau kenangan lalu di zaman persekolahan, masih terngiang-ngiang detik bersama rakan-rakan ketika makan di kantin sekolah. Apabila bunyi loceng menandakan waktu rehat bermula, hati mula berasa tidak sabar untuk ke kantin bagi menikmati juadah yang disediakan oleh makcik kantin.

Saat cikgu membenarkan murid keluar berehat, kami berlari sepantas pelari pecut menuju ke kantin sekolah. Perlu segera ke kantin untuk mendapatkan makanan kerana risau kehabisan makanan yang disediakan. Takut diambil oleh murid lain. 

Aku merupakan murid RMT iaitu murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan. Ia adalah makanan percuma bagi keluarga yang berpendapatan rendah seperti aku. 

Pernah beberapa kali aku tidak dapat menikmati makanan RMT yang disediakan kerana telah kehabisan. Ia diambil oleh murid lain yang tidak layak mendapat RMT. Sepatutnya mereka tidak boleh mengambil makanan itu. 

Kebiasaannya apabila aku dan murid-murid RMT lain lambat dilepaskan oleh cikgu untuk keluar rehat, tiba saja di kantin akan kelihatan murid-murid yang tidak mendapat RMT telah memegang pinggan seperti menandakan makanan tersebut adalah milik mereka. Kononnya jika makanan tersebut tidak diambil oleh murid RMT, maka mereka akan memakannya. Situasi ini memang kerap berlaku. Ia sangat mengecewakan. 

Ada kalanya, geram juga perasaan melihat perangai murid-murid lain yang mengambil hak murid-murid RMT. Nak ditegur, risau bergaduh. Nak ditegur, tiada keberanian. Nak ditegur, kawan sendiri juga. Redha sajalah. 

Walaupun masih bersekolah rendah, tapi otak aku ligat berfikir, mengapa tidak ada cikgu yang mengawal makanan untuk murid RMT? Banyak kali aku tidak dapat makan makanan RMT kerana kehabisan atau diambil oleh murid yang tidak sepatutnya. Sekiranya ada kawalan, pasti situasi ini tidak akan berlaku. 

Berbekalkan wang saku sebanyak lima puluh sen terpaksa aku melupakan niat untuk mendapatkan makanan percuma sebaliknya perlu membeli di kantin. Nilai lima puluh sen zaman 80-an dulu masih boleh dapat lagi sepinggan mee goreng atau nasi lemak dan secawan air sirap. 

Seusai mendapat makanan, biasanya aku bersama rakan-rakan akan mencari 'port' terbaik untuk menikmati makanan. Bukan di meja makan, tetapi di tepi longkang berdekatan kaki lima kantin sekolah. 

Kami duduk di atas lantai sambil kaki di dalam longkang. Bukan longkang besar pun, cuma longkang kecil yang mengalirkan air hujan. Longkang pun tidak kotor dan tidak berair. Jika longkang tersebut berair akibat hujan barulah kami tidak menikmati makanan di situ.

Itulah nikmat, berselera kami menjamu selera di tepi longkang. Sambil makan bergurau senda. Ya, pada zahirnya sudah pasti tempat itu tempat itu tidak bersih. Tapi apa nak dikatakan, kami kan budak-budak. 

12 comments:

  1. Tapi saya salut, di tahun itu sudah ada disediakan makanan untuk anak2 RMT. Walopun mungkin pengawasannya belum maksimal. At least sudah ada . Soalnya di sini belum ada yg seperti itu, baru2 ini saja, tapi itupun dikecam juga Krn menunya dianggab tak layak.

    Kalo di sekolah anak saya memang tak disediakan. Anak2 harus membeli atau bawa dari rumah

    ReplyDelete
  2. Setahu sy makanan RMT ni ada kupon, kan. Tiap hari cikgu bagi pd murid, jika murid tu tak datang, baru akan diberi kpd murid lain. Kupon tu kena tunjuk kat kantin, baru boleh ambil makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kupon pun makanan dah habis diambil murid lain nak buat macam mana.

      Delete
  3. zaman linda sek dulu, ada kupon..dan memang makcik kantin akan jaga...jadi, selain murid RMT, memang tak boleh dapat...kecuali dah hujung2 waktu rehat, dah takde yg ambil, baru makcik kantin bagi pada orang lain...linda pun dapat jugak dulu RMT, tapi bawak jugak bekal sarapan yang mak masak...selalunya, bekal akan bagi kawan2, makanan RMT linda yg akan makan..hihihi

    ReplyDelete
  4. rinduu jga dgn kantin sekolah he hee beratur nk membeli tu tak tahan

    ReplyDelete
  5. Uncle dulu tak pilih makan di longkang... Uncle akan pilih makan di tempat ramai pelajar perempuan... Eh? Tercakap pulak!

    ReplyDelete
  6. nakal jugak budak sekolah awak ye. Alhamdulillah tak pernah jadi macam tu pada saya

    ReplyDelete
  7. Di sekolah saya dahulu, anak-anak yang dapat RMT akan rehat 10 minit lebih awal. Ada guru yang akan agihkan makanan pada murid-murid berkenaan. Kalau tidak, mesti makanan tu akan ‘dirompak’ murid lain.

    ReplyDelete
  8. masa saya bersekolah belum ada lagi RMT ni, tapi harga makanan masa tu taklah mahal dan kuantitinya banyak.

    ReplyDelete
  9. Zaman saya sekolah dulu bibik buatkan bekal untuk saya. Bila anak sekolah kita buatkan bekal untuk anak atau bagi duit belanja kalau nak beli apa2 di kantin.

    ReplyDelete
  10. Ala sedih betul bila jadi camtu kan. Patut ada seorang yang bertugas untuk pastikan pelajar yang sepatutnya dapat.
    Okay lagilah tu makan di tepi longkang yang bersih. Kalau basah tak makan situ.

    ReplyDelete
  11. SA x pernah dapat makanan RMT, tapi kan bila ada kawan- kawan x datang kadang- kadang SA dapat kad RMT tu gantian..masa tu makanan RMT memang sedap- sedpa dan jauh lebih sedap dari makanan biasa kantin jual...

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.