Nak marah, tapi kena sabar. Ya, sebenarnya aku sudah banyak bersabar. Masuk hari ini sudah beberapa kali seekor kucing telah duduk dan mencakar tempat duduk motosikal aku. Bukan setakat cakar, tetapi siap kencing lagi di atas tempat duduk.
Bukan kencing di motor saja, pernah sekali tu dengan kasut kerja aku di kencingnya. Aduh, naya betullah. Sejak kejadian tu, aku letak kasut kerja di tempat yang tinggi sedikit.
Semalam dia kencing, hari ni pun kencing lagi. Nak marah, binatang... Dia bukan tahu pun. Aku sendiri tak pasti sama ada kucing ini bertuan atau tidak. Memang hampir setiap pagi dia akan duduk di atas tempat duduk motosikal aku atau di atas tembok pagar.
Kalau nak ikutkan marah, nak saja aku melampiaskan perasan ini di dalam group whatsapp taman sepertimana yang biasa dibuat oleh jiran lain yang memarahi jiran yang tidak menjaga kucing sehingga menganggu rumah jiran lain.
Buat masa ini, aku bersabar saja. Pagi-pagi lihat saja tempat duduk kena kencing, aku basuh sajalah. Bak kata Allahyarham P. Ramlee "Haiya aci.. taik punya hal mahu bergaduh ka? Kasi cuci sajalah..."
Cuma di sini aku mahu memberi sedikit nasihat, jagalah binatang peliharaan kita dengan baik dan sempurna. Jangan menyusahkan orang lain atau jiran. Bagus bela binatang peliharaan ni, cuma ia mungkin membawa kita ke syurga, atau ke neraka.
aduh, kena kencing tu jenuh juga nak cuci. Tapi tu lah, nak marah binatang, tak tahu apa. Sama kes dengan rumah saya lah, kucing asyik berak depan rumah. Kucing sapa pun tak tahu.
ReplyDeleteKucing sekali dia kencing tempat tu, dia dah mark. Kena bersihkan sampai hilang bau. Lepas tu kalau tempat duduk motor, letak macam tajam-tajam tu atau kain.
ReplyDeleteKalau setiap hari macam aduhaii spoil mood dibuatnya ..
ReplyDeleteSetujuuu Abang. Sayangnya memang di Malaysia atau Indonesia blm ada hukum terkait binatang peliharaan . Tak sama macam jepang dan beberapa negara lain yang memang punya hukum khusus utk pet owner yg tidak menjaga pet nya dan merugikan orang lain
ReplyDeleteSaya sendiri punya 4 ekor kucing. Semuanya tak ada yg spraying sembarangan Krn mereka saya steril. Kucing yg suka kencing sembarangan saya jamin dia tak steril.tapi harusnya itu tugas pet owner lah.
Mungkin Abang bisa cari di shoppee cairan cat repellent. Pengusir kucing supaya dia tak nak kencing di tempat2 tertentu. Tinggal di semprot. Krn baunya tidak disukai kucing. Saya ada beli di sini, dan kucing2 liar yg suka datang tak lagi kencing sembarangan di pojok2 rumah