Terlebih dahulu, aku bukanlah seorang peminat menonton wayang, apatah lagi untuk mengulas sesuatu filem. Dan post ini bukanlah untuk mengulas filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah.
Aku cuma nak berkongsi tentang tayangan amal yang telah kelab sukan dan kebajikan jabatan adakan. Tayangan amal ini diadakan 17 Januari yang lalu. Tema pakaian semasa menonton filem ini ialah busana Melayu atau Baju Kebangsaan.
Ia berlaku dengan pantas. Perancangan hanya seminggu lebih sahaja. Sekali mesyuarat kemudian laksanakan gerak kerja dengan pantas. Alhamdulillah, sumbangan hasil jualan tiket amat memuaskan.
Berkenan cerita yang ditayangkan, tidak dapat aku ulas begitu jelas kerana aku sendiri masuk ke panggung wayang sudah terlewat kira-kira 20 minit. Kelewatan adalah disebabkan aku bertugas di luar panggung bagi memastikan kesemua pembeli tiket amal sudah hadir. Justeru, kisah permulaan cerita ini aku tidak tahu.
Masuk-masuk panggung, aku hanya dapat menyaksikan aksi-aksi peperangan/ pergaduhan antara pihak British dan kumpulan Pendekar Awang. Aksi-aksi yang disajikan amat menarik, rugi rasanya masuk lambat kerana tak tahu cerita pangkalnya, tahu-tahu dapat tengok babak di pertengahan dan penghabisan saja.
Apa-apapun, filem ini bagi aku amat menarik. Dapat meningkatkan semangat patriotik di kalangan warga negara khususnya bangsa Melayu. Siapa yang belum menonton lagi filem ini, aku sarankan agar kalian menontonnya.
sy dah baca review di blog kak SK... apa yg sy dpt simpulkan pendekar awang ni pahlawan yg x didendang... x pernah pun masuk buku teks sejarah
ReplyDeleteAisehhh.. rugilah, banyak terlepas dlm 20 minit tu.
ReplyDeletekatanya babak awang dgn isterinya menjadi sebab fazura sendiri yg berlakon
ReplyDeleteharap2 filem ni akan ditayangkan di Netflix. Boleh la sy tengok.
ReplyDeleteKalau orang sejarah dah rekomen... wajib pegi ni!
ReplyDeleteSaya kalo dah telat masuk pawagam, 10 menit saja dah bikin tak mood untuk nonton. Mending kluar. Apalagi 20 menit, confirm mending tak masuk 🤣
ReplyDeleteleh je tgk lagi bang, hehe
ReplyDeleteBagus jugakan masih ada filem yang mengetengahkan kisah sejarah atau cerita zaman dahulu. Susah jugak tu nak komen sebab tak tahu permulaannya. Macam kena repeat tengok awalan dia tu.
ReplyDeleteterasa semangat patriotik tgk cerita mcm ni
ReplyDelete