Sebab masih ramai lagi yang lebih meminati P. Ramlee, Ella, Ziana Zain, Jamal Abdillah mahu pun Awie.
Gambar sekadar hiasan |
Tidak semua minat nak jadi doktor, jurutera atau peguam. Sebab ada juga yang minat untuk menjadi mekanik, tukang kayu profesional dan juga ahli perniagaan.
Begitu jugalah dengan anak-anak kita terutamanya yang baru mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Bukan semua boleh lulus cemerlang, kerana IQ masing-masing adalah berbeza dan ini akan terdapat keputusan yang kurang cemerlang.
Akan tetapi, itu bukan bermakna mereka GAGAL atau BODOH. Mereka sekadar tidak cemerlang dalam akademik, tapi pastinya ada bidang-bidang lain yang boleh membuatkan mereka cemerlang.
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh hanya memberi lebih sokongan kepada anak yang cemerlang (banyak A) tetapi kita juga harus memberikan sokongan serta lebih galakkan untuk anak yang kurang mendapat A. Ini kerana kehidupan mereka tidak terhenti selepas mendapat keputusan SPM. Perjalanan mereka masih jauh dan pelbagai kejutan yang kita sendiri tidak percaya ia boleh berlaku.
Sekiranya tidak berjaya memohon ke universiti, masih boleh menggalakkan anak memohon jurusan teknikal seperti di politeknik, kolej komuniti atau mana-mana pusat pembelajaran berkaitan teknikal. Zaman sekarang, jurusan teknikal antara bidang yang mempunyai ruang pekerjaan yang banyak dan mudah mendapat pekerjaan berbanding bidang lain.
Justeru, sama-samalah para ibu bapa memberi sokongan dan dokongan kepada anak tidak kira sama ada mereka cemerlang atau sebaliknya.
Apa yang lebih penting kejayaan yang harus kita dambakan ialah kejayaan di akhirat kelak. Pupuklah anak untuk mengenali Allah dan Islam.
betul...minat setiap orang berbeza. IQ dan EQ juga berbeza walaupun dari ibu dan ayah yg sama. Yang kurang IQ dan EQ jgn dicerca jangan dipertikai sebab kelebihahn mereka mungkin dari segi sahsiah, adab dan masa mereka mungkin lebih banyak buat ibu ayah kelak
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan nya...Linda baru anak nk hadap UPKK...pon dah stress sebab result percubaan tak cantik mcm mak dia dulu2.. hahaha
ReplyDeleteSalam kenalan... Singgah & blogwalking 👌🤝🤗
ReplyDeletealamakkk he hee ciknur ni peminat siti dari mula dia start nyanyi, minattt gilerrr duluu la baik lagu, majalah apapun nk beli kalu ada siti
ReplyDelete. pas dia kawen kurang minat. tp masih sukaa lagu2 dia
Terima kasih atas perkongsian. Saya tidak minat Siti, saya minat gilaa sama Awie heheheh
ReplyDeleteMinat juga dgn Dato CT ni .lagu-lagucyang dia bawakan pun semua sedap telinga mendengar
ReplyDeleteSetujuuuuu sangat bang 👍👍👍. Saya pun kadang kalo melihat teman2 yg sukses, kerja di LN, punya banyak property dan assets, mereka itu malah zaman sekolah bukan termasuk murid cemerlang. Malah suka di cap sebagai anak nakal, tukang bolos sekolah, ujian pun banyak failed. Tapi toh sekarang ini mereka yg paling sukses.
ReplyDeleteSaya sadar anak saya beda2 kemampuannya. Si kakak lemah di math. Tapi dia sukaaa sangat bahasa. Dan dia bisa menguasai bahasa asing hanya dari video dan buku. Ingatannya kuat dalam menghapal vocab.
Sementara adiknya lemah di hapalan, dan bahasa. Tapi suka math.
Jadi bagi saya, mereka hrs diarahkan ke passion masing2. Saya tak mengharapkan mereka bagus di semua subjects, tapi saya mau, mereka fokus dengan hal yg mereka suka. Itu jauuuh lebih bagus drpd dipaksa untuk menguasai semua
pada mama, apapun keputusan yg dibuat perlukan keyakinan dan usaha
ReplyDelete