Sebelum meneruskan pembacaan, sila layari juga Berpetualang ke Jakarta (Bahagian 1).
Kali ini aku nak mengulas (review) sedikit sebanyak tempat penginapan aku di Jakarta iaitu di Holiday Inn & Suites Gajah Mada yang terletak di Jalan Gajah Mada, Kota Jakarta Barat, Indonesia.
Hotel ini merupakan hotel yang besar dan tinggi. Mempunyai 28 aras ketinggian dan aku menginap di aras 21. Sudah cukup tinggi untuk melihat pemandangan kota raya Jakarta dengan jelas.
Biliknya besar dan selesa. Penataan bilik pun menarik, bersih, ringkas dan minimalis. Bilik air juga memiliki penataan yang menarik. Yang paling penting, ia mempunyai seterika dan penunjuk arah kiblat. Akan tetapi, tiada pula sejadah disediakan.
So far so good, kalau kalian ke Jakarta, Indonesia aku amat merekomen sekiranya memilih hotel ini untuk dijadikan penginapan dan sesuai untuk seisi keluarga.
Aku asyik berpetualang seorangan, entah bila berpeluang untuk membawa keluarga bercuti luar negara. Ini pun kerana biayanya ditanggung jabatan, kalau tak, entah bila merasa untuk sering ke luar negara.
Nah, layan saja beberapa gambar Holiday Inn & Suites Gajah Mada yang sempat aku ambil.
Wah..cantiknya dan nampak mewah bilik...boleh masuk wishlist ni..
ReplyDeleteLawa bilik nya... Simple je
ReplyDeleteSaya tahu hotel ini tp belum pernah stay di holiday inn yg ada di indonesia . Bbrp kali memilih stay di HI saat di luar negara. Jadi sedikit banyak saya tahu fasilitas dan kenyamanan hotel ini dimaintain di mana-mana branch nya 👍
ReplyDeleteBaguuus ternyata kamar yg di cab Gajahmada ini yaa bang 👍. Nantilah kawan2 nak ajak anak2 staycation di sana. Tapi Gajahmada Skr ini lagi banyak pembangunan LRT, jadi macetnya luar biasa 🤣🤣