Sekarang cuaca agak panas. Walaupun sudah masuk musim hujan, sekiranya cuaca panas, bahangnya amat terasa. Jika naik kereta, pendingin udara perlu dibuka ke angka 2 barulah terasa dingin. Jika tidak, seperti berada di dalam ketuhar gelombanglah jawabnya.
Sebenarnya baru juga lagi aku memasang filem penapis haba di kereta. Tapi disebabkan terkantoi dengan JPJ semasa sekatan jalan raya di Jalan Tengkera, aku terpaksa mengoyakkannya sebelum dibuat pemeriksaan di JPJ. Jadi, bahagian hadapan dan kiri dan kanan kereta aku terpaksa aku korbankan, sekiranya tak, saman atau kompaun akan dikenakan.
Setelah beberapa bulan, akhirnya hari ini aku memutuskan untuk memasang semula filem penapis haba yang baharu untuk keseluruhan cermin kereta. Sepatutnya buat yang hadapan sahaja, tapi memandangkan sebelah belakang juga sudah tidak berapa menarik angkara anak-anak bermain menyebabkan filem penapis haba bergarit-garit barangkali terkena benda tajam.
Selepas menukar dua biji tayar, aku terus ke kedai Filem Penapis Haba yang terletak di Klebang, Melaka yang berdekatan dengan rumah aku. Tukar tayar RM300.00, memasang filem penapis haba pula RM350.00. Jadinya jumlah kerugian aku hari ini ialah RM650.00. Takpelah, sekali sekala memanjakan kereta buruk aku yang telah berkhidmat kira-kira 15 tahun.
Tak rugi, ada manafaatnya tu, insyaAllah.
ReplyDeleteRM350 untuk semua cermin atau beberapa cermin sahaja..jika semua cermin murah tu. Kat sini nak cari yang kualiti dan ikut spec agak mahal...ada jer yang murah..RM50 untuk kedua2 cermin sisi kiri dan kanan . manakala cermin depan RM250 dan belakang RM100...jumlah RM450.
ReplyDeleteDulu saya agak bingung juga pas masih awal2 stay di Penang, Krn mobil atau kereta di sana tak pakai kaca film kan. Palingan dittup dengan cover. Ternyata saya baru tahu dari driver saya selama di sana karena memang tak boleh ☺️. Karena diindonesia diizinkan pasang, bahkan sampai yg gelap sangat di seluruh kaca.
ReplyDeleteSebenarnya bagus juga kalo dilarang, demi keselamatan. Bisa lihat langsung di dalam mobil ada siapa, jadi kalau terjadi case penculikan misalnya, bisa ketahuan lah. Tapi memang efeknya panas nih tak tahan.. 😅. Mobil saya sendiri saya pasang gelap, Krn memang utk menolak panas.
Melabur untuk keselesaan dan keselamatan lebih penting gitu.
ReplyDelete