Monday, October 2, 2023

Rindu Nak Duduki Semula Rumah



Dalam beberapa hari lagi sudah menghampiri dua bulan musibah kebakaran rumah terjadi kepada aku. Aku redha akan ketentuan Allah SWT. Hampir dua bulan juga aku duduk menyewa rumah yang terletak di dalam kawasan perumahan aku.

Tidak pasti bilakah episod tuntutan insurans kebakaran akan berakhir. Kini, hal tuntutan berada di fasa akhir. Sebenarnya pihak insurans telah pun menawarkan sejumlah bayaran, tetapi harga yang ditawarkan agak rendah berbanding sebut harga membaikpulih yang telah diberikan oleh beberapa kontraktor yang aku berikan. Aku dan isteri sedang berusaha untuk mendapatkan bayaran yang setimpal.

Sekarang ini, kerja-kerja membaikpulih rumah sedang berjalan. Aku mengeluarkan tabungan dan menggunakan sumbangan yang diterima. Ini tidak menganggu proses tuntutan insurans kerana laporan dari pihak bomba dan adjuster insurans telah pun selesai. Lagipun apabila lulus tuntutan insurans nanti, pihak insurans akan terus transfer wang ke akaun aku.

Sebenarnya banyak ingin aku kongsikan hal tuntutan insurans kebakaran. Tapi mungkin bukan sekarang. Apabila semuanya sudah selesai, akan aku kongsikan pengalaman aku perihal menuntut insurans kebakaran rumah.

7 comments:

  1. Moga Allah permudahkan urusan baik pulih rumah dan dapat bayaran setimpal dari pihak insurans.
    Memang elok kongsikan hal insurans tu sebagai catatan dan perkongsian pengalaman buat kami.

    ReplyDelete
  2. Nanti kongsikan pengalaman ye... Penting juga nak tau dari pengalaman 'first hand' ni...

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan semua urusan encik sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar, Semoga terus tabah Dan dipermudahkan urusan... UjianNya...

    ReplyDelete
  5. semoga urusan dipermudahkan dan moga tabah serta kuat menghadapi dugaan hidup ini

    ReplyDelete
  6. Tetap semangaaaat ya Abang.. ada hikmah nanti dari ujian ini. Semoga dilancarkan segala urusan abang juga dalam hal insurans kebakaran. Dimudahkan semuanya

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.